[INFO] HAPPY ST TOTTERINGHAM DAY

Forever behind Arsenal shadowMusim ini, Arsenal sekali lagi berjaya menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di kedudukan lebih baik berbanding seteru setempat, Tottenham Hotspurs. Kemenangan ke atas Newcastle United di St. James Park semalam hasil jaringan tunggal Laurent Koscielny pada minit ke-52 untuk Arsenal berada di kedudukan ke-4 liga dengan meraih 73 mata daripada 38 perlawanan, satu mata mengatasi Spurs yang berada di kedudukan ke-5 liga.

Kejayaan ini disambut gembira dan penuh riang ria oleh penyokong-penyokong Arsenal di seluruh dunia selepas berjaya menamatkan kedudukan liga di kedudukan lebih atas berbanding Spurs. Sejarah permusuhan kedua-dua kelab di utara London ini berterusan dengan penyokong-penyokong Arsenal akan meraikan perayaan ‘St. Totteringham Day’ setiap kali Arsenal berjaya mengatasi Spurs di penghujung musim. Musim ini, Arsenal merayakan ‘St. Totteringham Day’ untuk tahun yang ke-18.

gareth-bale-provoke-jack-wilshereAPA ITU SAINT TOTTERINGHAM DAY?

St. Totteringham Day (juga dikenali sebagai Saint Totteridge’s Day) merupakan hari di mana penyokong-penyokong The Gunners meraikan kejayaan menamatkan liga di kedudukan di atas Spurs. Tradisi ini bermula pada awal 1990-an namun mula diperkenalkan secara rasmi pada 2002 menerusi laman sesawang arseweb.com. Kali terakhir Arsenal gagal merayakan St. Totteringham Day ialah pada musim 1994/95 ketika di bawah kendalian Bruch Rioch.

Namun, sepanjang era Arsene Wenger, The Gunners sentiasa berjaya untuk menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di atas Tottenham Hotspurs. Konsep ini pertama disebut buat pertama kali pada 2008 sebagai St. Totteridge dalam program rasmi perlawanan Arsenal-Aston Villa. Seterusnya pada 2010, perayaan St. Totteringham’ Day buat pertama kalinya diiktiraf secara rasmi menerusi media-media utama termasuk BBC, The Sun, Daily Mail dan The Guardian newspaper.

Musim lalu, Arsenal berjaya meraikan perayaan ini meskipun mengharungi permulaan musim terburuk dalam sejarah 58 tahun kelab. Dalam perlawanan terakhir liga, The Gunners mengesahkan kejayaan ini dengan menewaskan West Brom 3-2 pada 13 Mei 2012. Kemenangan itu meletakan Arsenal di kedudukan ketiga liga (70 mata) mengatasi Spurs yang berada di kedudukan ke-4 yang mengumpul 69 mata. Lantaran itu, istilah ‘Mind The Gap’ muncul yang menunjukan kualiti Arsenal lebih baik meskipun mengharungi musim yang buruk.

p/s : Selamat Hari St. Totteringham 2013

This entry was posted in Informasi and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply