[CORETAN] SAYA MEMINATI ARSENAL KERANA THIERRY HENRY – JAY-Z

jay-z-and-chris-martin-in-emiratesPenyanyi Coldplay, Chris Martin dan bintang rap Amerika, Jay-Z dilihat berada di Stadium Emirates ketika Arsenal seri 1-1 dengan Manchester United hujung minggu lalu. The Gunners bermula garang dengan mendahului seawal minit kedua menerusi sentuhan penyudah Theo Walcott. Namun, kesilapan Bacary Sagna menjatuhkan Robin van Persie dalam kotak penalti menyaksikan The Red Devil dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-43 yang disempurkan oleh penyerang Belanda itu sendiri.

Kehadiran dua rakan baik itu di Stadium Emirates lantaran mereka merupakan sebahagian daripada penyokong-penyokong setia Arsenal. Sebelum ini, Chris Martin pernah hadir di Stadium Emirates ketika mengadakan gig bersama bandnya pada Jun 2012 yang lalu. Sementara itu, Jay-Z mengakui berminat untuk melabur jutaan pound di Arsenal dalam usaha untuk membantu The Gunners membina skuad yang mantap.

“Saya tidak tahu banyak mengenai pelaburan dalam bola sepak tetapi pada masa depan jika memperoleh peluang yang baik untuk dirinya, siapa tahu?” kata Jay Z baru-baru ini.

“Saya juga seorang ahli perniagaan dan saya sentiasa melihat peluang-peluang dan jika saya rasa itu (peluang) yang baik, hebat.”

thierry-henry-hatrik-vs-liverpoolArsenal dijangka akan menghadapi masalah kewangan andai gagal melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara Eropah msuim depan. The Gunners kini bersaing hebat dengan Chelsea dan Tottenham Hotspurs dalam usaha merebut dua slot terakhir beraksi di pentas Eropah. Jay-Z mengakui dirinya meminati Arsenal sejak 8 tahun yang lalu ketika Henry masih beraksi bersama The Gunners.

“Ketika Henry masih beraksi bersama kelab ini, saya melihat dia bermain dan saya rasa dia merupakan seorang pemain yang luar biasa. Sejak itu, saya merupakan seorang penyokong setia Arsenal dan sehingga hari ini mereka bermain bola sepak yang hebat seperti zaman Henry. Saya rasa dia (Henry) memberikan impak jangka masa panjang kepada kelab,” kata Jay-Z lagi.

This entry was posted in Coretan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply