[CORETAN] IMPIAN YANG TIDAK KESAMPAIAN DARI STADE DE FRANCE

Arsenal-vs-Barcelona-final-2006Tatkala ketika mula-mula diriku mengenali dunia bola sepak, Arsenal adalah yang pertama bertahta di hati. Cinta pandang pertama, dari mata turun ke jiwa. Arsenal, pasukan yang digelar The Gunners dengan logo meriam dan warna tradisi merah-putih cukup serasi dengan diriku. Meskipun 13 tahun sudah berlalu, pemain-pemain datang dan pergi mewarnai suka duka kehidupan ini namun tidak meluntur sokonganku kepada Arsenal.

Perlawanan Arsenal sentiasa dinanti-nanti saban minggu. Namun, antara perlawanan yang diingati dan berkesan di dalam jiwa pastinya perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang Barcelona pada 17 Mei 2006 di Stade de France, Paris. Kekalahan tersebut menyaksikan air mata gugur dalam kedinginan pagi meratapi kegagalan Arsenal untuk menghadiahkan kejuaraan sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada Stadium Highbury.

Kemenangan juga sangat penting bagi Thefinal-champion-league-2006-barcelona-vs-arsenal Gunners dalam usaha untuk mengekalkan tonggak utamanya, Thierry Henry dan Ashley Cole yang dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Arsenal.

Skuad bimbingan Arsene Wenger memulakan kempen Liga Juara-Juara Eropah dengan cukup bergaya apabila menduduki kedudukan teratas kumpulan B dengan 16 mata untuk mara ke pusingan ke-2.

Pada peringkat kalah mati, Arsenal meneruskan kecemerlangan apabila berjaya menyingkirkan dua kelab gergasi Eropah, Real Madrid 1-0 dan Juventus 2-0 sebelum menjinakan wakil Sepanyol, Villareal 1-0 di separuh akhir.

Barcelona dan Arsenal berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang kejohanan sebelum sepak mula perlawanan akhir. Penjaga gol Arsenal, Jens Lehmann paling mencuri tumpuan apabila mengekalkan rekod tanpa bolos dalam 12 perlawanan. Namun, Barcelona diletakkan sebagai pasukan pilihan dengan reputasi selaku bekas juara pada 1991/92 serta 3 kali muncul naib juara. Sebaliknya, Arsenal pula muncul selaku underdog apabila mara buat pertama kali di pentas akhir.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menggunakan taktikal 4-4-2 dengan Thierry Henry dan Freddie Ljungberg bergandingan di bahagian serangan sementara Cesc Fabregas, Robert Pires, Gilberto Silva dan Alexandr Hleb mengisi bahagian tengah. Kolo Toure dan Sol Campbell membentuk gandingan back four bersama-sama Ashley Cole dan Lauren manakala Jens Lehmann kekal mengemudi gawang The Gunners.

Di kem Barcelona pula, Frank Rijkaard pula mempertaruhkan formasi 4-3-3 dengan Samuel Eto’o selaku center foward dibantu oleh Ronaldinho dan Ludovic Giuly. Mark van Bommel dan Deco mengemudi bahagian tengah sementara Edmilson bertindak selaku defensive midfielder. Rafael Marquez dan Carles Puyol bersama-sama Oleguer dan Giovanni van Bronckhorst membentuk gandingan di bahagian pertahanan manakal Victor Valdes kekal selaku penjaga gol.

Perlawanan bermula rancak penuhSoccer - UEFA Champions League - Final - Barcelona v Arsenal - Stade de France debaran sebaik sepak mula dengan aksi berbalas serang. Arsenal terlebih dahulu menguji gawang Barcelona menerusi dua percubaan Henry pada minit ke-3 namun berjaya diselamatkan oleh Victor Valdes.

Kontroversi bermula apabila penjaga gawang Arsenal, Jens Lehmann dilayang kad merah oleh pengadil Norway, Terje Hauge selepas menjatuhkan penyerang Barca, Samuel Eto’o di luar kotak penalti seawal minit ke-18.

Namun, selepas perlawanan Terje Hauge mengakui kesilapannya melayangkan kad merah kepada Lehmann dengan berkata, “Jika saya berfikir dua saat lagi, saya akan melayangkan kad kuning kepadanya (Lehmann). Arsene Wenger kemudiannya terpaksa membuat keputusan sukar dengan membawa keluar Robert Pires bagi memberi laluan kepada penjaga gol gantian, Manuel Almunia dibawa masuk.

Meskipun beraksi dengan 10 pemain, The Gunners membuktikan kemampuan untuk mengimbangi perlawanan dengan turut saling berbalas serangan. Gerakan lincah Emmanuel Eboue dari sebelah kanan berjaya mendapat sepakan percuma. Kapten Arsenal, Thierry Henry mengambil sepakan percuma tersebut yang disudahkan dengan cemerlang menerusi tandukan Campbell untuk The Gunners mendahului 1-0 pada minit ke-37. Kedudukan itu kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Sebaik babak kedua bersambung, Arsenal terus ampuh bertahan dengan Manuel Almunia beberapa kali berjaya menyelamatkan gawangnya dari dibolosi. Anak buah Arsene Wenger turut terlepas beberapa peluang keemasan menambah gol. Namun, ketika perlawanan memasuki minit ke-70, keletihan mulai terpancar di wajah setiap pemain-pemain Arsenal yang lebih banyak bertahan di kawasan sendiri.

Situasi itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh Barcelona yang akhirnya berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi gandingan Ronaldinho dan pemain gantian, Henrik Larsson yang berjaya memperdayakan pertahanan Arsenal untuk Samuel Eto’o mencatat nama selaku penjaring. Barcelona terus mengasak dan gol kemenangan yang dicari-cari akhirnya menjelma menerusi rembatan deras pemain gantian, Julliano Belletti pada minit ke-80.

Kemenangan 2-1 itu telah menobatkanThierry-Henry-final-UCL-Paris-2006 kejuaraan Eropah kedua buat The Catalan dan Arsenal hampa untuk mencatat nama selaku pemenang.

Impak dari kegagalan ini menyaksikan Ashley Cole berhijrah ke Stamford Bridge tiga bulan kemudian manakala Thierry Henry meninggalkan Arsenal setahun kemudian bagi mencerahkan peluang meraih kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah, satu-satunya trofi yang belum pernah dijulangnya.

Selain itu, kegagalan tersebut menyaksikan Arsenal gagal untuk menjulang sebarang kejuaraan sejak kali terakhir pada 2005. Peluang terbaik The Gunners meraih kejuaraan Piala Carling pada 2011 sebelum dikecewakan oleh Birmingham City dalam perlawanan akhir. Kegagalan tersebut menyaksikan Arsenal terus dihimpit tekanan setiap musim untuk menamatkan kemarau kejuaraan yang dialami sejak berpindah ke Stadium Emirates (Ashburton Grove).

p/s : Ini merupakan artikel ke-900 Arsenal4u.com

This entry was posted in Coretan and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply