[CORETAN] IMPIAN BESAR JACK WILSHERE

Jack-Wilshere-England-vs-BrasilBintang muda Arsenal, Jack Wilshere tidak dapat menyembunyikan impian besarnya menjadi kapten Arsenal dan England suatu hari nanti. Pemain tengah berusia 21 tahun itu bakal terlepas aksi perlawanan persahabatan antarabangsa bersama The Three Lions menentang Republik Ireland dan Brazil awal Jun ini kerana menjalani pembedahan di pergelangan kakinya. Namun, Wilshere bakal menjadi tonggak utama England dalam misi ke Piala Dunia 2014.

Anak kelahiran Stevenage, England itu terpaksa berehat panjang lebih 15 bulan kerana mengalami kecederaan buku lali dan lutut sebelum kembali beraksi pada Oktober tahun lalu. Kini, bintang muda Arsenal itu masih dalam proses untuk kembali mendapatkan kembali prestasi terbaiknya bagi memimpin negaranya. Wilshere menegaskan bahawa menjadi kapten bukan sahaja menjadi kebanggaan buat dirinya tetapi juga merupakan satu penghormatan buat dirinya.

gareth-bale-provoke-jack-wilshere“Saya mahu menjadi kapten Arsenal dan juga kapten England. Ini pastinya sesuatu yang menarik bagi saya. Ini meruapakan impian terbesar saya,” kata Wilshere kepada The Sun.

“Ramai orang menyatakan bahawa para pemain-pemain tidak mempeduli untuk menyarung jersi England. Tetapi bagi saya ini merupakan kemuncak dalam karier saya semua kelab seteru dan seluruh negara berada di belakang saya. Itu merupakan satu perasaan terbaik.”

“Skuad England sememangnya memiliki kapten yang hebat seperti Steven Gerrard dan saya mengagak bahwa Wayne rooney yang seterusnya. Kami memiliki pemain dengan karekter yang luar biasa. Namun, bila tawaran itu datang kepada saya, itu merupakan satu penghormatan besar.”

Jack Wilshere dijangka menjalani pembedahan minggu ini bagi mengeluarkan pin pada pergelangan kakinya dan bakal berehat selama beberapa minggu sebelum kembali bersama The Three Lions menentang Scotland pada Ogos nanti. Musim ini, pemain muda terbaik 2010/11 ini telah beraksi dalam 33 perlawanan dengan 7 kali sebagai pemain gantian dan menjaringkan 2 gol serta menghasilkan 2 assist bersama skuad utama The Gunners.

This entry was posted in Coretan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply