[CORETAN] ARSENAL KELAB PILIHAN SAYA – YAYA SANOGO

Yaya-Sanogo-AuxerrePenyerang Auxerre, Yaya Sanogo mengakui dirinya sudah tidak sabar untuk beraksi bersama Arsenal musim depan. Pemain berusia 20 tahun itu yakin bahawa Arsenal adalah kelab terbaik untuk mengembangkan kariernya. Jumaat lalu, Arsene Wenger mengesahkan bahawa The Gunners semakin hampir untuk menandatangani penyerang muda Perancis itu secara percuma selepas kontraknya bersama Auxerre berakhir hujung musim ini.

Sementara itu, Sanogo berharap urusan perpindahannya ke utara London berjalan lancar. Penyerang muda kelahiran Massy, Perancis mengakui dirinya sudah menolak beberapa tawaran daripada beberapa kelab-kelab utama Eropah. Produk akademi Les Ulis itu mengakui Arsenal sememangnya merupakan kelab pilihan dan mahu mengikut jejak langkah Abau Diaby beraksi di Stadium Emirates.

“Arsenal merupakan sebuah kelab hebat bagi saya,” kata Yaya Sanogo kepada Sky Sports.

“Saya menjaringkan 9 gol (dalam 11 perlawanan) musim ini bersama Auxerre dan mereka yakin saya akan semakin meningkat di England.”

“Saya gembira dapat mengikut jejak langkah Abou Diaby di mana berasal dari Auxerre. Terdapat banyak pasukan yang berminat untuk mendapatkan saya tetapi Arsenal adalah pilihan saya,” kata bekas kapten Perancis B-17 itu lagi.

This entry was posted in Coretan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply