[BULETIN] SAINGAN PIALA EMIRATES 2013 KEMBALI

Emirates-Cup-2013-teamArsenal FC mengumumkan bahawa saingan Piala Emirates Cup 2013 kembali buat kali ke-6 yang bakal berlangsung di Stadium Emirates pada 3 dan 4 Ogos ini. Kehangatan saingan Piala Emirates 2013 bakal diserikan dengan kehadiran juara Copa Italia 2013, Napoli bersama-sama juara Liga Portugal, FC Porto dan juara Liga Turki, Galatasaray. Tahun lalu, saingan Piala Emirates ditangguhkan bagi memberi laluan kepada penganjuran Sukan Olimpik London 2012.

Format pertandingan menyaksikan setiap pasukan bakal bermain dalam 2 perlawanan dan 3 mata dianugerah jika menang dan satu mata untuk seri. Saingan ini menyaksikan setiap gol bakal memperolehi satu mata tambahan manakala percubaan tepat dan perbezaan gol akan digunakan untuk menentukan pemenang jika kedudukan mata antara pemenang terikat. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis mengalu-alukan kehadiran kelab yang bakal bersaing Piala Emirates 2013.

“Kami (Arsenal) sangat gembira dan mengalu-alukan saingan Piala Emirates kembali ke utara London musim panas ini selepas berehat pada tahun lalu,” kata Ivan Gazidis.

“Kami mengalu-alukan 3 pasukan berkualiti kembali dalam saingan tahun iniĀ  dan saya pasti kita akan menyaksikan persembahan daripada pemain-pemain yang hebat untuk tempoh 2 hari.”

“Emirates pula dengan bangganya menjadi penaja rasmi kejohanan ini sejak kali pertama dianjurkan pada 2007 dan kami mengalu-alukan kerjasama erat dengan mereka bagi kejohanan Piala Emirates 2013.”

JADUAL PERLAWANAN PIALA EMIRATES 2013

Sabtu, 3 Ogos 2013
- Galatasaray vs FC Porto – 2.00 petang (waktu UK)
- Arsenal vs Napoli – 4.20 petang (waktu UK)

Ahad, 4 Ogos 2013
- Napoli vs FC Porto – 2.00 petang (waktu UK)
- Arsenal vs Galatasaray -4.20 petang (waktu UK)

Sumber : www.arsenal.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • piala emirates
  • piala emirates 2013
  • Piala Emirates:
This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Apa Kata Anda?

Leave a Reply