[BULETIN] ARSENE WENGER BERMINAT DAPATKAN KONDOGBIA

Geoffrey+Kondogbia+SevillaPengurus Arsenal, Arsene Wenger mengesahkan berminat untuk mendapatkan khidmat wonderkid Sevilla, Geoffrey Kondogbia pada musim panas ini. Tonggak tengah skuad Perancis B-20 itu turut diintai beberapa kelab gergasi Eropah termasuk Real Madrid, Chelsea, Juventus dan Manchester City. Namun, Sevilla meletakkan harga sekurang-kurangnya £17 juta untuk pemain muda berbakat itu.

“Saya tidak mahu berbicara mengenai Kondogbia kerana ketika ini banyak kelab-kelab besar yang mahukan dia,” kata Wenger ketika ditanya mengenai Kondogbia.

“Jika anda bertanya kepada saya, adakah Arsenal tertarik dengan Kondogbia. Dan jawapanya ya seperti yang anda harapkan.”

“Yang pastinya, dia sememangnya seorang pemain muda yang berpotensi besar.”

Ekoran kecederaan yang sering menimpa Abou Diaby, Arsenal dilaporkan sedang mengintai khidmat pemain tengah Southampton, Morgan Schneiderlin.

Pemain kelahiran Perancis berusia 23 tahun itu mula beraksi brsama The Saints sejak 5 musim yg lalu selepas melengkapkan perpindahan dari kelab Perancis, Strasbourg dengan bayaran perpindahan bernilai £1.2 juta.

Sebelum ini, Wenger berjaya mendapatkan Theo Walcott dan Alex Oxlade-Chamberlain daripada Southampton dan bersedia beberlanja besar pada jendela perpindahan musim panas ini. Namun, The Gunners perlu menyediakan bayaran perpindahan bernilai £10 juta selepas pemain kelahiran Perancis itu baru menandatangani kontrak lanjutan bersama Southampton pada Februari lalu.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply