[BULETIN] AARON RAMSEY PEMAIN TERBAIK BULANAN APRIL

Aaron-Ramsey-potm-April-2013Aaron Ransey telah dipilih buat pertama kali selaku Pemain Terbaik Bulanan EA Sports bagi bulan April selepas mempamerkan persembahan bertenaga dan aksi yang konsisten sepanjang bulan lalu. Meskipun tidak menghasilkan sebarang gol, namun pemain berusia 22 tahun itu berjaya membantu Arsenal mengharungi perlawanan sukar dengan mencatat 2 keputusan menetang Manchester United dan Everton serta tiga kemenangan ke atas West Brom, Norwich City dan Fulham.

Pemain tengah Arsenal itu berjaya memperolehi 32.5% undian mengatasi Laurent Koscielny di tempat kedua dengan menerima 28.5 % undian manakala Tomas Rosicky yang menjaringkan dua ketika menentang West Bromwich Albion pula di kedudukan ketiga dengan 19.1% undian. Pemilihan ini berdasarkan undian yang dilakukan menerusi laman sesawang rasmi Arsenal.com.

Sementara itu, jaringan Lukas Podolski ketika menentang Norwich City pula dipilih selaku Gol Terbaik bagi bulan April dengan menerima 40% undian. Rembatan kencang penyerang antarabangsa Jerman selepas menerima umpanan Theo Walcott itu berjaya menewaskan penjaga gol Norwich City, Mark Burn. Gol Tomas Rosicky ketika menentang West Brom pula menduduki tempat kedua manakala jaringan Theo Walcott ketika menentang Man United di tempat ketiga.Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply