[BULETIN] 12 PEMAIN MUDA ARSENAL DILEPASKAN MUSIM PANAS INI

pintu-masuk-Arsenal-London-ColneyArsenal FC mengumumkan akan melepaskan 10 pemain muda selepas kontrak mereka tamat pada 30 Jun ini. Antara pemain-pemain yang bakal dilepaskan termasuklah Jernade Meade, Conor Henderson, Sanchez Watt, James Shea, Reice Charles-Cook, Sead Hajrovic, Phillip Roberts, Nigel Neita, Samir Bihmoutine dan Josh Rees. Pemain-pemain tersebut bebas untuk menyertai mana-mana kelab bermula dari 1 Julai 2013.

Terdahulu, dua pemain muda turut meninggalkan akademi Arsenal. Craig Eastmond, 22, yang menjulang kejuaraan Piala FA Remaja pada 2009 bersama Arsenal dan pernah beraksi dalam 10 perlawanan bersama skuad utama The Gunners akan menyertai kelab Liga 1 England, Colchester United musim depan selepas kontraknya tamat pada musim panas ini. Sementara itu, Elton Monteiro, 19, pula bakal menyarung jersi kelab Divisyen 1 Belgium, Club Brugge selepas menghabiskan 3 musim bersama Arsenal.

Sementara itu, Conor Henderson merupakan sebahagian skuad remaja Arsenal yang menjulang 2 kejuaraan Liga Perdana Akademi pada 2008/09 dan 2009/10 serta satu kejuaraan Piala FA Remaja pada 2008/09. Pemain muda kelahiran Republik Ireland berusia 21 tahun ini pernah beraksi dalam satu perlawanan bersama skuad utama Arsenal pada 2 Mac 2011 ketika menentang Leyton Orient dalam perlawanan ulangan Piala FA 2010/11.

Jason-Puncheon-vs-Jernade-MeadeJernade Meade pula adalah pemain utama dalam skuad simpanan Arsenal dan skuad B-21 serta turut melakukan 2 penampilan dalam skuad utama Arsenal musim ini. Pemain kelahiran Luton, England berusia 20 tahun itu mendapat debut ketika membantu Arsenal menewaskan Reading 7-5 pada 30 Oktober 2012.

Penjaga gol kelahiran Islington, James Shea yang merupakan sebahagian daripada skuad yang menjulang Piala FA Remaja pada 2009 turut dilepaskan bersama rakan sepelatih, Reice Charles-Cook.

Selain itu, Sanchez Watt juga merupakan sebahagian skuad remaja Arsenal yang menjulang Piala FA Remaja pada 2009 banyak menghabiskan masa berkelana selaku pemain pinjaman termasuk bersama Colchester United, Crawley Town, Sheffield Wednesday, Leeds United dan Southend United setelah gagal mendapat tempat dalam skuad utama Arsenal. Penyerang kelahiran Hackney, London berusia 22 tahun ini menjaringkan 5 gol dalam 9 penampilan bersama skuad simpanan Arsenal musim ini.

Pemain muda Switzerland, Sead Hajrovic yang pernah menjulang Piala Dunia Remaja B-17 pada 2009 ini merupakan pemain utama dalam skuad simpanan The Gunners sejak tiba di Arsenal pada 7 Julai 2011. Pertahanan berusia 19 tahun ini pernah menghabiskan tempoh pinjaman bersama Barnet dalam Liga 2 England pada 2011/12. Selain itu, penyerang muda Jamaica, Nigel Neita yang dipanggil menyertai skuad utama negaranya turut diketepikan bersama-sama bek kiri berketurunan Maghribi, Samir Bihmoutine.

Buat pemain-pemain yang bakal meninggalkan Arsenal, selamat maju jaya dan terima kasih atas sumbangan anda. Semoga karier bola sepak anda akan lebih cemerlang di masa hadapan.

Sumber : www.arsenal4u.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • pemain muda arsenal 2014
  • sekuat arsenal
  • sekuat pemain muda arsenal
  • skuad arsenal musim depan
This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Apa Kata Anda?

Leave a Reply