[BOLA SEPAK] SUMPAHAN BELA GUTTMANN TERHADAP BENFICA

Bela-Guttmann-BenficaKegagalan Benfica dalam saingan kejohanan Eropah berterusan apabila dikecewakan oleh Chelsea 1-2 dalam perlawanan akhir Piala Europa awal pagi Khamis lalu. Episod kekecewaan itu berlarutan dalam 7 perlawanan akhir kejohanan Eropah yang dihadapi oleh kelab berpangkalan di Lisbon, Portugal sebelum ini. Namun, terdapat kisah menarik disebalik episod kegagalan Benfica meraih kejuaraan di pentas Eropah.

Kisah bermula apabila seorang pengurus berketurunan Austria-Hungary, Bela Guttmann menyertai Benfica pada tahun 1959. Kehadiran Guttmann berjaya memberikan impak besar kepada Benfica yang berjaya merangkul 5 kejuaraan utama dalam tempoh 3 tahun termasuk 2 Kejuaraan Liga Portugal, 1 Piala Portugal dan 2 Kejuaraan Eropah. Beliau juga merupakan individu yang bertanggungjawap mencungkil bakat lagenda Portugal, Eusebio.

Kejayaan paling manis tatkala Guttman berjaya mengemudi Benfica merangkul kejuaraan Eropah pertama pada tahun 1961 menewaskan Barcelona 3-2 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Wankdorf, Bern. Tahun berikut, Benfica sekali lagi berjaya merangkul kejuaraan Eropah kedua apabila bangkit dari ketinggalan 0-2 untuk menewaskan Real Madrid 5-3 di Stadium Olimpik Amsterdam, Belanda.

Ekoran pencapaian cemerlangnya bersama Benfica, Guttmann menemui Lembaga Pengarah Benfica untuk memohon kenaikan gaji ekoran sumbangan besar kepada kelab namun permintaannya ditolak. Berang dengan keputusan itu, beliau meletakkan jawatan serta-merta dan mengeluarkan kata-kata sumpahan, “Not in a hundred years from now will Benfica ever win a European Cup.”

Kata-kata tersebut dianggapkan satu sumpahan oleh peminat Benfica di mana kelab Portugal itu telah menjadi finalis sebanyak 7 kali namun gagal untuk menjulang trofi tersebut. Malah, beberapa orang lagenda Benfica termasuk Eusebio mengunjungi kubur Guttman setiap kali sebelum perlawanan akhir kejohanan Eropah yang disertai oleh Benfica untuk memohon agar sumpahan tersebut lenyap. Adakah ini benar-benar satu sumpahan atau hanya kebetulan. Hanya Tuhan yang mengetahuinya.

Catatan : Bagi seorang Muslim adalah kurafat untuk mempercayai perkara-perkara dan sumpahan seperti ini. Tulisan ini hanya sekadar untuk berkongsi maklumat dan bukan untuk dipercayai kerana qada’ dan qadar adalah ketentuan Allah s.wt.

This entry was posted in Bola Sepak and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply