[BOLA SEPAK] BAYERN MUNICH BINA MASJID DI ALLIANZ ARENA

Allianz-Arena-Bayern-MunichKelab gergasi Jerman, Bayern Munich mengumumkan akan membina sebuah masjid di Stadium Allianz Arena untuk kemudahan para pemain dan penyokong Muslim di sana selepas mendapat permintaan daripada bintang utamanya, Frank Ribery yang mahukan sebuah bilik kecil khas untuk pemain-pemain Muslim bersolat. Frank Ribery atau Bilal Yusuf Mohammed memeluk Islam pada 2006 dan berkahwin dengan seorang wanita berketurunan Algeria.

Namun, pengurusan kelab gergasi Jerman itu melakukan keputusan di luar jangkaan dengan membina sebuah masjid di Allianz Arena lengkap dengan seorang imam sepenuh masa, perpustakaan Islam dan kelas pengajian agama. Kos pembinaan dibiyai sebanyak 85% oleh pengurusan kelab manakala selebihnya disumbangkan oleh pemain-pemain dan penyokong Muslim di sana. Terdahulu, kelab Liga Perdana Inggeris, Newcastle United turut menyediakan ruang khas untuk pemain-pemain Muslim bersolat di St. James Park.

Langkah ini dilihat tepat pada masanya ekoran peningkatan pesat komuniti Islam di Eropah. Setiap tahun lebih 5000 masyarakat di Eropah memeluk Islam dan muncul selaku agama paling cepat berkembang di seluruh dunia. Islam juga merupakan agama kedua terbesar di Jerman. Pekembangan ini menyaksikan banyak masjid dan ruang solat (surau) dibina di Jerman. Di Berlin sahaja, terdapat 77 buah masjid telah dibina manakala 25 buah masjid pula berada di sekitar Munich.

Komuniti Muslim di Jerman bermula pada akhir abad ke-17 ekoran kemasukan masyarakat Islam dari Turki. Pada tahun 1960-an, komuniti Muslim mula berkembang pesat dengan kemasukan ramai-ramai pekerja dari Turki, Maghribi dan Tunisia selain komuniti kecil masyarakat Islam dari Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iran dan Bosnia. Menurut perangkaan pada 2009, terdapat 4.3 juta Muslim yang merangkumi 5.4% daripada populasi penduduk di Jerman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • pemain bola sepak islam di liga eropah
  • ribery berdoa
This entry was posted in Bola Sepak and tagged , , . Bookmark the permalink.

Apa Kata Anda?

Leave a Reply