[BERITA] JUNIOR EDSTAL, NAZMI FAIZ PERKUATKAN HARIMAU MUDA

Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee mengesahkan akan memanggil pemain kacukan Sweeden-Malaysia, Junior Edstal bagi memantapkan skuad B-23 negara menjelang Sukan Universiti Dunia di Kazan, Russia Julai ini serta sebagai persediaan untuk misi utama mempertahankan pingat Sukan SEA hujung tahun ini. Pemain berusia 22 tahun memiliki pengalaman yang luas serta pernah beraksi dalam Liga Bola Sepak Vauxhall di England.

Junior Edstal melengkapkan perpindahan bersama pasukan Sarawak pada pertengahan April lalu dilihat sebagai seorang pengempur yang sempurna mirip penyerang import Perak, Paolo Rangel yang memiliki gerakan yang lincah serta rembatan padu yang berbisa. Sementara itu, Ong Kim Swee mahu menilai prestasi Junior Edstal terlebih dahulu sebelum menyenaraikannya dalam skuad penuh Harimau Muda ke Sukan Universiti Dunia nanti.

Nazmi-Faiz-Mansor-PKNSSelain penyerang Sarawak itu, Ong Kim Swee turut bersedia memanggil khidmat bekas pemain SC Beira-Mar, Nazmi Faiz Mansor yang kini beraksi bersama-sama PKNS FC dalam saingan Liga Super 2013. Pemain berusia 18 tahun itu telah mempamerkan aksi cemerlang bersama The Red Ants dengan menghasilkan 4 assist dalam 6 perlawanan sejak mula beraksi pada 12 April lalu.

Pemain Harimau Muda B, Ridzuan Abdunloh dan Maxius Musa turut berada dalam senarai Ong Kim Swee untuk menyertai sesi latihan di Eropah sebagai persiapan menghadapi Sukan Universiti Dunia pada Julai ini. Malaysia berdepan laluan sukar apabia diundi bersama Itali, Britain dan Algeria pada sebelum kembali ke tanah air bagi menghadapi saingan jemputan Pesta Bola Merdeka yang bakal berlangsung pada Ogos ini.

Incoming search terms:

  • junior edstal
  • pemain kacukan malaysia
  • penyerang kacukan harimau malaya
This entry was posted in Berita and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply