[ARTIKEL] 10 PENGURUS BOLA SEPAK PALING LAMA DI EROPAH

stadium-emirates-londonPengurus bola sepak merupakan watak penting dalam kejayaan sesebuah pasukan. Kredibiti dan kualiti sangat diperlukan dalam menentu hala tuju jatuh bangun sesebuah pasukan. Pengurus bola sepak sering kali berdepan risiko dipecat jika gagal menguruskan kelab dengan baik. Di sini Arsenal4u.com menyenaraikan 10 pengurus yang paling lama membimbing untuk sesebuah kelab bola sepak.

1-Fred Everiss (West Bromwich Albion)
Beliau merupakan pengurus kelab bola sepak paling lama sepanjang zaman dengan membimbing West Bromwich Albion (WBA) selama 46 tahun dari 1902 hingga 1948. Everiss bermula sebagai staf pejabat pada 1896 sebelum menjadi menjadi setiausaha pengurus di mana tugas membimbing dan menguruskan pasukan merupakan sebahagian daripada tanggungjawapnya. Sepanjang membimbing The Baggies, Everis membantu meraih satu kejuaraan Liga Divisyen I, dua kejuaraan Divisyen II, satu kejuaraan Piala FA serta satu kejuaraan Perisai Komuniti.

Guy-Roux-Auxerre2-Guy Roux (Auxerre)
Lagenda Auxerre merupakan pengurus bola sepak era moden paling lama dengan membimbing Auxerre selama 44 tahun (1961-2005). Eric Cantona, Djibril Cisse, Laurent Blanc, dan Philippe Mexes merupakan hasil didikan Roux. Pengurus kelahiran Colmar, Perancis ini berjaya meraih lima kejuaraan domestik sepanjang membimbing Auxerre seleum mengumumkan persaraanya pada Jun 2005. Guy Roux juga merupakan bekas pemain pasukan Auxerre dari 1952 hingga 1961.

Sir-Alex-Ferguson-20113-Sir Alex Ferguson (Manchester United)
Pengurus berbangsa Scotland membimbing The Red Devil selama 26 tahun dari 1986 sehingga 2013. Ferguson juga merupakan antara pengurus paling berjaya dalam bola sepak Inggeris mengumumkan persaraanya selaku pengurus Man United lantaran usianya sudah menjangkau 71 tahun. Sepanjang membimbing United, Alex Ferguson berjaya merangkul 12 kejuaraan Liga Perdana Inggeris, 5 Piala FA, 4 Piala Liga, 10 Perisai Komuniti, 2 trofi Liga Juara-Juara Eropah, satu Piala Super Eropah, satu Piala Antara Benua dan satu Piala Dunia Kelab FIFA.

4-Anatoliy Volobuyev (FC Stal Alchevsk)
Pengurus kelahiran Alchevsk, Ukraine berusia 59 tahun telah membimbing FC Stal Alchevsk dari 1989 hingga 2006. Volobuyev sempat menjadi Naib Presiden Konfederasi Liga Bola Sepak Professional Ukraine sebelum kembali membing STal Alchevsk sejak tahun 2009 sehingga kini.

Arsenal's French manager Arsene Wenger w5-Arsene Wenger (Arsenal)
Arsene Wenger mula membimbing Arsenal sejak Oktober 1996 dengan berjaya membawa perubahan kepada The Gunners. Sehingga kini, pengurus berusia 63 tahun itu berjaya membantu Arsenal menjulang 9 kejuaraan utama dalam saingan Liga Perdana Inggeris termasuke kejuaraan The Invincibles pada musim 2003/04. Pengurus yang fasih bertutur dalam 5 bahasa merupakan antara pengurus paling berjaya dalam Liga Perdana Inggeris selepas Alex Ferguson.

6-Volker Finke (SC Freiburg)
Finke telah membimbing SC Freiburg selama 16 tahun dari 1991 hingga 2007 dan merupakan rekod kejurulatihan paling lama dalam saingan bola sepak Jerman. Meskipun lama membimbing SC Freiburg namun gagal meraih sebarang kejuaraan selain hanya berjaya meloloskan diri beraksi dalam saingan Piala UEFA pada 1995 hingga 2001.

7-Alan Curbishley (Charlton Athletic)
Dalam bola sepak Inggeris, Cubishley dianggap sebagai Fergie no.2 di mana telah membimbing Charlton selama 15 tahun (1995-2006). Kejayaan terbesar Curbishley ialah membawa The Addicks beraksi dalam Liga Perdana Inggeris pada 1995. Namun, Curbishley memiliki reputasi bagus dalam mengembangkan bakat-bakat muda yang murah seperti Danny Mills, Lee Bowyer, Scott Parker dan Darren Bent adalah hasil usahanya. Pada tahun 2006, Curbishley termasuk dalam calon untuk membimbing skuad kebangsaan England.

Otto-Rehhagel-Werder-Bremen8-Otto Rehhagel (Werder Bremen)
Rehhagel lebih dikenali lantaran kejayaannya membawa Greece menjulang Kejuaraan Eropah EURO 2004 namun juga merupakan antara pengurus paling membimbing sesebuah kelab di Eropah selama 14 tahun bersama Werder Bremen (1981-1995). Sepanjang membimbing Bremen, pengurus kelahiran Essen, Jerman ini berjaya mengubah daripada kelab kecil menjadi kelab besar yang digeruni serta meraih satu kejuaraan Piala Eropah, 3 kejuaraan Bundesliga dan 3 kejuaraan Piala Jerman.

9-Patrick Maurer (FC Jeunesse)
Bekas penjaga gol ini telah membimbing kelab Luxemburg, FC Jeunesse selama 13 tahun sejak 1998 hingga kini.

10-Sergey Oborin (FC Amkar Perm)
Sergey Oborin menjadi pengurus kelab Rusia, FC Amkar Perm selama 11 tahun dari 1995 sampai 2006. Amkar Prem merupakan kelab yang baru ditubuhkan pada tahun 1995 di mana Oborin berjaya membimbing kelab bermula dari saingan Divisyen 3 sehingga kini berjaya beraksi dalam saingan bola sepak utama Russia

Incoming search terms:

  • pengurus bola sepak paling lama
  • 10 pengurus paling lama epl
  • pengurus bola terlama
  • kelab inggeris paling berjaya
  • kelab bola sepak paling lama ditubuhkan
  • jurulatih lama di bpl
  • jurulatih bolasepak liga inggeris paling lama pegang satu kelab
  • club paling berjaya di dunia
  • Club bola sepak paling lama
  • stadium bola sepak malaysia
This entry was posted in Artikel and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply