[PERSPEKTIF] TOMAS ROSICKY PEMAIN YANG HAMPIR SEMPURNA

Tomas-Rosicky-vs-West-Brom-2013Kapten Arsenal, Thomas Vermaelen mengalu-alukan persembahan mantap yang ditampilkan oleh Tomas Rosicky serta menyifatkan pemain antarabangsa Republik Czech itu sebagai seorang pemain bola sepak yang hampir sempurna. Pemain tengah berusia 32 tahun itu mempamerkan aksi bertenaga dengan meledak dua gol membantu Arsenal menundukan West Bromwich Albion 2-1 di The Hawthorns hujung minggu lalu.

Tomas Rosicky tiba di Arsenal dari Borrusia Dortmud dengan yuran perpindahan bernilai £6.8 juta pada 23 Mei 2006 ketika berusia 25 tahun. Meskipun sering dihipit masalah kecederaan namun kelibat Rosicky berjaya memberi impak kepada persembahan Arsenal dan telah menandatangani kontrak lanjutan pada Februari tahun lalu. Thomas Vermaelen mengakui keseluruhan turut teruja dengan penampilan bertenaga oleh Rosicky.

“Tomas (Rosciky) menjaringkan dua gol yang hebat dan kami berterima kasih kepadanya,” kata Vermaelen menerusi Arsenal.com.

“Gol pertama tidak mudah kerana dia terpaksa menerima hantaran sukar daripada Gervinho. Pergerakan cantik daripada Gervinho serta sentuhan penyudah yang hebat oleh Tomas.”

“Saya tidak memiliki pandangan yang baik untuk gol kedua tetapi ia kelihatan seperti satu sepakan sambung yang cantik.”

Kapten Republik Czech itu hanya beraksi dua kali dalam kesebelasan utama musim ini lantaran sering dibelenggu masalah kecederaan namun masih membuktikan kemampuannya untuk beraksi dalam kesebelasan utama The Gunners.

Vermaelen mengakui bahawa Tomas Rosciky merupakan seorang pemain yang penting bagi Arsenal serta memiliki kualiti yang sebagai seorang pemain yang hebat.

“Tomas (Rosicky) merupakan seorang pemain yang hebat bagi kami. Dia sering tidak bernasib baik kerana kecederaan musim ini tetapi kualiti tekniknya cukup luar biasa,” kata pemain berusia 32 tahun itu.

“Dia seorang pemain yang popular dalam kelab, dia sudah berada di sini untuk tempoh masa yang lama. Dia mengenali semua orang dan semua orang mesra dengan kerana dia seorang pemain yang relaks.”

“Dia atas padang dia cukup tenang, sentiasa bersedia menerima bola dan tekniknya hampir sempurna,” kata Vermaelen lagi.

This entry was posted in Perspektif. Bookmark the permalink.

Leave a Reply