[PERSPEKTIF] THEO WALCOTT MEMBARA BURU KEJUARAAN

Theo-Walcott-set-to-sign-new-contractTheo Walcott berada di kelas tersendiri apabila melakukan penampilan ke-250 bersama Arsenal ketika perlawanan menentang Sunderland pada Februari lalu. Namun pemain berusia 24 tahun itu telah menandatangani kontrak lanjutan jangka masa panjang pada Januari lalu menegaskan keutamaannya kini adalah untuk memenangi kejuaraan bersama The Gunners. Walcott tiba di Arsenal pada Julai 2006 selepas melengkapkan perpindahan daripada Southampton.

Pemain sayap antarabangsa England ini menjadi salah seorang daripada 50 pemain yang melakukan penampilan terbanyak bersama Arsenal. Musim ini, Theo Walcott tampil selaku penjaring terbanyak The Gunners dengan menjaringkan 18 gol serta 15 assist. Pemain kelahiran Stanmore, London itu mengakui berbangga dengan pencapaiannya namun menegaskan dirinya mahu fokus untuk membantu Arsenal meraih kejuaraan musim depan.

“Secara peribadi, saya menukarkan jumlah penampilan saya untuk memenangi kejuaraan bersama kelab,” kata Walcott kepada Arsenal Player.

“Mungkin terdapat orang yang mengatakan saya gila tetapi saya rasa saya tidak pentingkan diri. Saya sangat sukakan kelab ini dan juga penyokong-penyokong di sini.”

arsenal-ramsey-walcott-giroud“Penampilan sesuatu yang hebat tetapi kemenangan memberikan lebih makna. Semoga musim depan apabila saya mencecah 300 penampilan, saya mahu meraih trofi ketika itu. Itu merupakan sasaran utama saya.”

“Saya sangat bangga dengan (mencecah 250 penampilan). Saya mahu berkerja lebih kuat. Musim ini cukup istimewa ketika saya berada di puncak. Itu cukup positif dan saya tidak mahu berhenti di sini.”

“Saya mahu kembali beraksi dan mendapat kembali kecergasan saya. Ini merupakan pencapaian yang luar biasa dan saya sangat gembira.”

“Kini, saya benar-benar pemain yang matang. Musim ini, saya berjaya menjadi penjaring dan penyumbang gol terbanyak Arsenal. Saya melihat apa yang orang mula fikiran mengenai diri saya. Ini merupakan satu langkah besar dalam karier saya,” kata Walcott lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply