[PERSPEKTIF] SAYA TIDAK MENYESAL SERTAI ARSENAL – RAMSEY

Aaron-Ramsey-vs-Everton-April-2013Aaron Ramsey kini kembali meniti di bibir penyokong-penyokong dan berjaya membuktikan dirinya sebagai watak penting dalam skuad utama Arsenal. Pemain berusia 22 tahun ini berjaya melakukan penampilan ke-100 bersama The Gunners ketika Arsenal menewaskan Fulham 1-0 di Craven Cottage semalam. Ramsey menegaskan tidak menyesal meskipun gagal meraih sebarang kejuaraan bersama Arsenal  serta pernah menolak tawaran daripada Manchester United.

Pemain kelahiran Caerphilly, Wales melengkapkan perpindahan ke Stadium Emirates pada 13 Jun 2008 dengan yuran perpindahan bernilai £4.8 juta dari Cardiff City. Aaron Ramsey tidak menunggu lama untuk menyinar dalam saingan bola sepak Inggeris apabila memulakan debut bersama skuad utama Arsenal pada 13 Ogos 2008 menentang FC Twente dalam perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara Eropah.

Karier Ramsey sedikit terjejas apabila mengalami patah kaki (tulang fibula dan tibia) selepas diterjah oleh pertahanan Stoke City, Ryan Shawcross pada 27 Februari 2010. Meskipun sering dihimpit prestasi tidak menentu serta kritikan demi kritikan selepas kembali dari kecederaan tersebut, namun Ramsey terus berusaha keras untuk mengembali prestasi terbaiknya.

Aaron+Ramsey+Wenger+choice“Faktor utama saya sertai Arsenal adalah selepas berjumpa dengan Arsene Wenger dan mendengar apa perancangan dia untuk saya,” kata Aaron Ramsey.

“Dia (Wenger) sudah menonjolkan begitu ramai pemain muda, memberikan peluang kepada mereka dan mengubah mereka menjadi pemain hebat.”

“Mereka terbangkan saya ke London untuk berjumpa dengannya (Wenger). Saya begitu teruja. Saya baru berusia 17 tahun ketika itu dan salah seorang pengurus terbaik di dunia mahu berjumpa anda secara langsung.”

“Ia pasti satu keputusan yang sukar untuk dibuat ketika itu, namun saya tak menyesal. Saya rasa saya membuat keputusan yang tepat. Saya rasa lebih diperlukan di Arsenal, saya rasa perancangan mereka lebih baik untuk saya dan mereka memberikan pemain-pemain remaja lebih peluang,” kata tonggak skuad kebangsaan Wales itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply