[PERSPEKTIF] RAMSEY YANG TIDAK MENGENAL ERTI LETIH – BOULD

Aaron+Ramsey+Wenger+choiceAaron Ramsey membuktikan dirinya sebagai watak penting dalam skuad Arsenal musim ini yang diakui oleh penolong pengurus Arsenal musim ini. Pemain antarabangsa Wales itu merupakan pemain ketiga paling banyak beraksi dalam kesebelasan utama The Gunners musim ini selepas Santi Cazorla dan Olivier Giroud. Pemain berusia 22 tahun itu turut menunjukkan kebolehannya beraksi dengan baik di pelbagai posisi.

Meskipun mengharung detik sukar selepas terpaksa berehat panjang lebih 9 bulan dan bergelut untuk mendapatkan kembali rentak permainannya selain turut berdepan dengan dengan kritikan penyokong-penyokong Arsenal namun Steve Bould mengakui Ramsey kini berada di tahap terbaik dan merupakan aset berharga buat The Gunners.

“Aaron (Ramsey) sangat luar biasa. Melihatnya setiap hari semasa sesi latihan, dia sangat berkerja keras,” kata Steve Bould kepada Arsenal Player.

Aaron-Ramsey-pleased-with-defensive-role“Dia tidak pernah mengeluh, berusaha untuk fokus dengnan permainan dan melakukan apa sahaja yang diarahkan.”

“Dia memiliki fizikal yang bagus dan memberikan sesuatu kepada pasukan. Saya rasa permainannya sentiasa meningkat dari semasa ke semasa.”

“Perkara yang paling hebat mengenai Aaron adalah dia tidak mengenal letih. Dia tidak pernah letih. Dia menambahkan sesuatu kepada pasukan. Dia memberikan kelebihan dari segi fizikal dan peningkatan kawalan bola.”

“Da mendapat kritikan (daripada segelintir penyokong) dan saya rasa sedikit sebanyak dirasai olehnya. Itu memberikan satu karakter besar untuk kembali dan memberi impak besar,” kata penolong pengurus Arsenal itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply