[PERSPEKTIF] NASIHAT DAVID SEAMAN BUAT WOJCIECH SZCZESNY

david-seaman-arsenal-legendLegenda Arsenal, David Seaman memberi nasihat bermakna kepada Wojciech Szczesny agar berusaha keras demi merampas kembali kedudukannya selaku penjaga gol utama The Gunners. Penjaga gol kelahiran Warsaw, Poland itu kehilangan kedudukan selaku penjaga gawang no.1 Arsenal kepada rakan senegaranya, Lukasz Fabianski sejak perlawanan menentang Bayern Munich di Allianz Arena pada 13 Mac lalu.

Kedudukan Szczesny dalam skuad utama Arsenal tergugat selepas Wenger mengakui penjaga gol berusia 22 tahun itu mengalami penurunan mental sekaligus gagal beraksi cemerlang kebelakangan ini. Sementara itu, Lukasz Fabianski pula kembali membuktikan kemampuannya dengan mempamerkan persembahan mantap ketika membantu kemenangan 2-0 Arsenal ke atas Bayern Munich dan Swansea City.

“Semua penjaga gol melakukan kesalahan tetapi mereka yang benar-benar bagus adalah yang belajar dari kesalahan itu dan menunjukkan mereka mampu bangkit kembali,” kata David Seaman kepada Metro UK baru-baru ini.

szczesny_fabianski_arsenal_polish_duo“Anda harus menyedari di mana kesilapan anda, mengakuinya dan berkerja keras untuk memperbaikinya. Penting untuk memiliki kepercayaan diri sebagai penjaga gol dan anda harus memberitahu kepada pemain pertahanan jika mereka melakukan kesilapan. Tetapi anda tidak perlu berhenti belajar dan penjaga gol terbaik akan menyedari situasi itu.”

“Saya tidak pasti apakah Szczesny akan kembali selaku penjaga gol utama. Dan cukup menarik apabila melihat Fabianski menampilkan persembahan yang bagus. Dia berkerja keras sejak pulih dari kecederaan dan melihatnya sebagai penjaga gol yang berbeza (sebelum cedera).”

“Dengan adanya persaingan itu (antara Szczesny dan Fabianski) adalah sangat baik. Ini penting untuk menunjukkan bahawa mereka memiliki karakter untuk kembali ke landasan yang tepat,” kata bekas penjaga gol England itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply