[PERSPEKTIF] LEE DIXON MENJADI INSPIRASI SAYA – JENKINSON

Lee-Dixon-ArsenalCarl Jenkinson mengakui Lee Dixon merupakan inspirasinya untuk berkembang dan menjadi pilihan utama mengisi posisi bek kanan Arsenal. Pemain berdarah Inggeris-Finland itu tampil selaku penganti kepada beka kanan berpengalaman, Bacary Sagna sejak tiba di Arsenal pada Jun 2011. Carl Jenkinson juga sudah memiliki caps antarbangsa yang pertama bersama skuad kebangsaan England pada 14 November 2012 ketika menentang Sweden.

Membesar selaku penyokong setia Arsenal namun Jenkinson memulakan karier Arsenal bersama Charlton Athletic. Impiannya untuk menjadi sebahagian daripada skuad utama The Gunners menjadi kenyataan apabila melengkapkan perpindahan ke Stadium Emirates pada Jun 2011 dengan yuran perpindahan bernilai £1 juta. Pemain kelahiran Harlow, England itu menegaskan dirinya mahu menjadi seperti lagenda Arsenal, Lee Dixon.

Carl-Jenkinson-Arsenal-big-fan“Jika saya mampu memiliki separuh daripada karier Lee Dixon, saya akan melakukan yang terbaik,” kata Jenkinson menerusi Arsenal.com.

“Terdapat sesuatu yang istimewa dan Lee Dixon merupakan sebahagian pemain yang saya saksikan ketika saya membesar. Saya banyak memerhatikan tentang dirinya dan banyak perkara yang saya belajar daripadanya.”

“Saya rasa Arsenal cukup bertuah sepanjang beberapada dekad ini kerana memiliki pemain-pemain bek kanan yang berkualiti seperti Dixon, Lauren dan Sagna. Mereka adalah pemain di mana saya boleh belajar sesuatu daripada mereka.”

“Jika dilihat ke belakang di mana memiliki pemain seperti Pat Rice, Arsenal sememangnya sentiasa memiliki pemain bek kanan yang hebat,” kata Jenkinson lagi.

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply