[PERSPEKTIF] LAURENT KOSCIELNY SEDIA RANTAI ROBIN VAN PERSIE

Laurent-Kosciely-vs-Arjen-Robben-2013Menjelang pertemuan Arsenal-Manchester United hujung minggu ini, Laurent Koscielny mengatakan dirinya sudah tidak sabar untuk berhadapan dengan bekas penyerang prolifik, Robin van Persie. Bekas kapten Arsenal yang telah menjaringkan 37 gol dalam 48 perlawanan bersama The Gunners sebelum meninggalkan Arsenal pada 15 Ogos tahun lalu untuk menyertai The Red Devils dengan yuran perpindahan bernilai £24 juta.

Musim ini, Robin van Persie sudah meledak 24 gol dalam 42 perlawanan bersama skuad bimbingan Sir Alex Ferguson serta turut berada dalam senarai pendek Pemain Terbaik PFA musim 2012/13. Kedua-dua pasukan bakal bertemu di Stadium Emirates hujung minggu dalam perlawanan ke-35 Liga Perdana Inggeris. Pertahanan kental Perancis, Laurent Koscielny mengakui sudah cukup bersedia bersama Per Mertesacker untuk mengekang pergerakan Robin van Persie daripada merobek gawang Arsenal.

“Saya berharap kami dapat merantai Robin (van Persie). Dia merupakan seorang penyerang yang yang baik,” kata pertahanan antarabangsa Perancis menerusi Fox Sports Asia.

“Saya sangat gembira dapat bermain dengan dia (Robin) namun saya berharap kami menjaga ceritu dengan kami.”

“Satu pertemuan sukar untuk kedua-dua pasukan namun kami merupakan tuan rumah dan kami akan berusaha untuk meraih tiga mata berharga.”

“Sesuatu yang sangat bagus dapat menentang pasukan-pasukan besar dan saya fikir mereka sudah meraih gelaran juara (Liga Perdana Inggeris),” kata Koscielny lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply