[PERSPEKTIF] CORAK PERMAINAN ARSENAL MULA BERUBAH – RAMSEY

Aaron-Ramsey-vs-Swansea-FA-Cup-2013Aaron Ramsey mengakui selesa dengan pendekatan baru yang diterapkan oleh Arsene Wenger dan percaya bahawa corak permainan Arsenal kini sudah berubah sejak beberapa perlawanan kebelakangan ini. The Gunners berjaya menampilkan aksi yang memukau dalam tiga perlawanan terakhir ketika menewaskan Bayern Munich dan Swansea City. Terbaru, Arsenal berjaya membenam cabaran Reading 4-1 di Stadium Emirates hujung minggu lalu.

Kemenangan ke atas Reading itu berjaya meletakkan The Gunners semakin hampir dengan posisi keempat liga, hanya dua mata di belakang Chelsea. Aaron Ramsey itu menegaskan pencapaian itu didorong oleh perubahan yang dilakukan oleh Wenger. Pemain antarabangsa Wales menegaskan pemain-pemain Arsenal ini mengambil pendekatan yang serius dalam aspek-aspek tertentu permainan yang memberi keputusan positif kebelakangan ini.

“Sebelum ini, kami selalu bermula perlahan (dalam perlawanan) dan saya rasa situasi itu sudah berubah terutama sejak bulan lalu,” kata Ramsey kepada Arsenal Player.

“(Kini), kami memulakan perlawanan dengan pantas, bertahan dengan baik dan memenangi bola di kawasan berbahaya. Kami melakukannya (ketika menentang Reading). Itu merupakan persembahan yang hebat. Saya gembira beraksi di sini.”

“Saya rasa anda boleh lihat kami bermain tanpa keraguan. Kami mencipta banyak peluang dan bertahan dengan baik kecuali satu gol yang kami lepaskan. Secara keseluruhan, kami sangat gembira kemenangan ini.”

Aaron-Ramsey-pleased-with-defensive-roleAaron Ramsey yang beraksi selaku pemain bek kiri dalam perlawanan menentang Reading pada Sabtu lalu dan saya gembira mengisi kekosongan itu. Bintang muda Wales itu telah beraksi di pelbagai posisi bersama Arsenal musim ini termasuk central midfielder, sayap kanan, sayap kiri, attacking midfielder dan bek kanan. Namun, pemain berusia 22 tahun itu menegaskan posisi central midifielder adalah posisi terbaik buat dirinya.

“Itu merupakan satu lagi posisi yang saya beraksi. Walaupun ianya hanya untuk dua minit dan tiada banyak ruang yang boleh ditinggalkan di mana saya beraksi,” kata Ramsey lagi.

“Saya telah beraksi dalam banyak posisi musim ini. Ianya sangat sukar di mana saya memainkan peranan yang berbeza. Anda sememangnya mahu kekal di posisi anda dan mendapat konsistensi dalam permainan.”

“Semoga saya mendapat lebih peluang beraksi di posisi saya di mana saya sangat selesa bermain dan saya rasa saya dapat beraksi dengan baik di posisi sebenar saya. Saya akan melakukan yang terbaik dan berharap dapat terus beraksi lagi,” kata pemain kelahiran Caerphilly itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply