[PERSPEKTIF] ARSENAL PERLU KEKALKAN KEY PLAYER – GIROUD

Arsenal-goal-vs Bayern-Munich-Mac-2013Kegagalan Arsenal meraih sebarang kejuaraan sejak 7 musim yang lalu menyaksikan ramai pemain utama meninggalkan The Gunners termasuk Cesc Fabregas, Robin van Persie, Alex Song, Samir Nasri dan ramai lagi. Namun, Olivier Giroud menegaskan bahawa Arsenal perlu mempertahankan key player jika mahu bersaing dan meraih kejuaraan musim depan. Kali terakhir skuad bimbingan Arsene Wenger menjulang trofi ketika menjuarai Piala FA pada 2005.

Penyerang antarabangsa Perancis itu menyertai Arsenal pada musim panas yang lalu dan telah meledak 16 gol dan menghasilkan 12 assist setakat ini pada musim pertamanya di Stadium Emirates. Olivier Giroud mengakui bahawa peranan key player merupakan faktor penting jika Arsenal mahu lebih serius untuk bersaing lebih kompetatif merebut kejuaraan musim hadapan.

“Pertamanya, kami harus mempertahan pemain-pemain terbaik kami. Itu sangat penting. Selain itu, kami memerlukan lebih banyak wang,” kata Giroud kepada Sky Sports.

“Seperti Manchester United, setiap tahun mereka membeli satu atau dua pemain. Mereka berjaya mempertahankan pemain-pemain utama mereka dan saya rasa itu merupakan perkara utama yang harus (Arsenal) lakukan.”

Laurent-Koscielny-goal-vs-Bayern-2013Sementara itu, penyerang berusia 26 tahun ini turut melaungkan keyakinan bahawa Arsenal bakal menamatkan musim ini di kelompok empat pasukan terbaik. Ketika ini, The Gunners mengumpul 53 mata selepas 30 perlawanan di kedudukan kelima Liga Perdana Inggeris selepas Manchester United (77 mata), Manchester City (62 mata), Tottenham Hotspurs (57 mata) dan Chelsea (55 mata).

“Kami sangat bercita-cita besar dan kekal fokus. Liga masih belum tamat sehingga 19 Mei. Masih ada 8 perlawanan untuk diharungi dan banyak mata untuk diraih,” kata Giroud lagi.

“Saya yakin dengan kemampuan pasukan kami, jadi saya rasa kami akan menamatkan saingan di kedudukan empat terbaik mungkin ketiga jika kami mengekalkan momentum seperti ini.”

“Kami harus yakin dengan diri sendiri dan kami sentiasa menamatkan musim ini dengan baik. Dan musim ini kami akan melakukan perkara yang sama,” tambah penyerang kelahiran Perancis itu lagi.

Untuk rekod, Arsenal tidak pernah menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di bawah daripada kedudukan keempat sejak dibimbing oleh Arsenal Wenger pada September 1996. Kemenangan penting dalam 3 perlawanan berturut-turut termasuk menewaskan Bayern Munich dan Swansea City di tempat lawan menjadi tonik terbaik The Gunners untuk terus berjuang memburu kedudukan empat pasukan terbaik liga musim ini.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply