[PERSPEKTIF] ARSENAL BERISIKO KEHILANGAN WILSHERE – GROVES

Perry-Groves-ArsenalLagenda Arsenal, Perry Groves mengatakan bahawa The Gunners berdepan risiko kehilangan pemain muda sensasi England, Jack Wilshere andai menamatkan kemarau kejuaraan untuk musim akan datang di mana kali terakhir Arsenal menjulang ketika meraih Piala FA pada mei 2005. Pemain tengah berusia 21 tahun itu baru kembali dari kecederaan pergelangan kaki ketika membantu Arsenal menewaskan Norwich City di Stadium Emirates pada Sabtu lalu.

Perry Groves yang pernah beraksi bersama Arsenal dari 1986 hingga 1992 mengakui Arsenal perlu meningkatkan usaha mengukuhkan pasukan untuk lebih kompetatif memburu kejuaraan andai tidak mahu kehilangan Wilshere. Bekas penyerang The Gunners itu mengakui jika Arsenal gagal meraih kejuaraan musim 2013/14, kemungkinan Wilshere tidak dapat kekal di Stadium Emirates.

“Arsenal mungkin tidak mempunyai pemain lagi seperti Jack Wilshere namun jika terus gagal memenangi kejuaraan kemungkinan besar Wilshere akan berhijrah ke kelab lain,” kata Perry Groves.

Sementara itu, Arsenal kini bergelut untuk melayakan diri ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan. Kemenangan ke atas Norwich City berjaya meletakan Arsenal kembali menduduku kedudukan ketiga liga mentasi tiga pencabar terdekat, Chelsea, Tottenham Hotspurs dan Everton. Kedudukan Manchester United dan Manchester City sudah hampir pasti tdah akan dicabar oleh The Gunners.

This entry was posted in Perspektif and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply