[PERPINDAHAN] MARTIN ANGHA SERTAI FC NUREMBURG

Arsenal FC mengesahkan bahawa pertahanan muda Switzerland, Martin Angha telah menandatangani pra-kontrak persetujuaan dengan kelab Bundesliga, FC Nuremberg. Pemain berusia 19 tahun itu beraksi selaku pertahanan tengah selain bek kiri bersama skuad remaja Arsenal telah bersedia untuk menyertai FC Nuremberg secara tetap pada musim panas ini selepas 3 tahun bersama The Gunners.

Pemain kelahiran Zurich, Switzerland memulakan karier awal bersama Grasshopper Zurich dan FC Zurich sebelum menyertai akademi Arsenal pada 2010. Angha merupakan sebahagian daripada skuad Arsenal yang bersaing dalam Kejohanan NextGen Series dan turut memiliki dua penampilan bersama skuad utama Arsenal ketika menentang Coventry City dalam saingan Piala Capital One serta hadir selaku pemain gantian ketika menentang Olympiakos pada 4 Disember 2012.

Buat Martin Angha, selamat maju jaya.

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Perpindahan and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply