[LIGA MALAYSIA] SARAWAK UJI ELDSTAL, PERAK HAMPIRI RANGEL

robert-albert-sarawak-coachKetua jurulatih Sarawak Robert Alberts mengakui dirinya berminat untuk mendapat pemain baru iaitu anak kelahiran Malaysia, Junior Eldstal yang kini bermain dengan salah sebuah pasukan dalam Liga Bola Sepak Vauxhall di England. Pemain defensive midfielder muda berusia 22 tahun itu mula menjalani ujian percubaan selama minggu sejak semalam untuk memastikan sama ada dapat diserap atau tidak semasa sesi perpindahan pemain April ini.

“Dia (Eldstal) merupakan salah satu pilihan dan saya sedang memerhatikannya. Saya mengenali dia menerusi salah satu kontek saya di England” kata Robert Albert.

“Junior Eldstal memegang pasport Malaysia kerana ibunya berasal dari Sabah. Saya harap dia memiliki kualiti yang kita cari. Jika kita menyukainya, kita akan tawarkan kontrak kepadanya.”

Skuad Bujang Senang di bawah kendalian Robert Albert kini berada di persada Liga Perdana selepas 11 perlawanan berkongsi 27 mata dengan Sime Darby FC. Sarawak juga berjaya mara ke suku akhir dan bakal menanti kunjungan Kelantan di Stadium Negeri Sarawak, Kuching pada 6 April sebelum bertandang ke Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu pada 16 April depan.

Sementara itu, Perak dilaporkan semakin hampir untuk mendapatkan penyerang kelahiran Brazil, Paulo Rangel bagi mengantikan Karim Rouani yang gagal menyerlah bersama skuad Kejor Yob Kejor.

Pengendali Perak, Mohd Azraai Khor Abdullah dilihat berpuas hati dengan prestasi penyerang Muang Thong United dalam dua siri perlawanan persahabatan baru-baru ini.

“Rangel kian pasti sertai Perak sebaik sahaja jendela perpindahan pemain dibuka pada April ini. Dia miliki ciri-ciri pemain penyerang dan mampu mengumpan tepat kepada rakan sepasukan,” kata Azraai Khor selepas perlawanan menentang Kedah.

“Bukan itu saja, tandukan Rangel cukup berbahaya dan dia kerap membantu rakan setiap kali pasukan mendapat sepakan sudut.”

“Kita ada terima banyak ejen luar yang mahu Perak mencuba pemain disyorkan mereka. Tapi, bagi saya Rangel sudah menunjukkan persembahan terbaik dan diharapkan mampu memberikan sumbangan besar buat pasukan keseluruhan,” katanya lagi.

Incoming search terms:

  • junior eldstal
  • junior eldstal wiki
  • Junior Eldstal biodata
  • biodata junior eldstal
  • Junior Eldstal profile
  • Junior Eldstal wikipedia
  • eldstal
  • paulo rangel perak
  • biodata pemain sarawak
  • biodato paulo rangel
This entry was posted in Liga Malaysia and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply