[KOMENTAR] RENE ADLER GEMBIRA DIKAITKAN DENGAN ARSENAL

Rene-Adler-Hamburger-SVMusim ini Arsenal telah mempertaruhkan khidmat Wojciech Szczesny, Vito Mannone dan Lukasz Fabianski namun gagal menampilkan aksi yang konsisten dan berkesan. Lantaran itu, Arsene Wenger dikhabarkan mahu membawa masuk penjaga gol berpengalaman bagi mengukuhkan The Gunners pada jendela perpindahan musim panas akan datang. Salah seorang penjaga gol yang menjadi sasaran utama Arsenal adalah Rene Adler.

Menurut Daily Star, penjaga gol kelahiran Jerman yang beraksi bersama Hamburger SV itu sudah sekian lama dipantau oleh The Gunners. Situasi ini jelas menunjukkan bahawa Wenger semakin kecewa dengan persembahan duo penjaga gol Poland, Wojciech Szczesny dan Lukasz Fabianski. Meskipun Fabianski berjaya menampilkan aksi cemerlang dalam beberapa perlawanan terakhir namun masalah kecederaan kembali menghimpit penjaga gol berusia 28 tahun itu.

szczesny-mannone-fabianski-in-trainingSementara itu, Rene Adler nyata gembira dan bangga dikaitkan dengan Arsenal sejak beberapa musim yang lalu. Penjaga gol kelahiran Leipzig, Jerman itu memulakan karier awal bersama kelab tempatan, VfB Leipzig pada 1991 sebelum berhijrah ke Bayern Leverkusen pada tahun 2000 dengan melakukan 136 penampilan bersama The Werksel. Rene Adler menyertai akhirnya meninggalkan Leverkusen untuk menyertai Hamburger SV pada 17 Mei 2012.

“Bagi setiap pemain, menjadi satu penghormatan apabila dikaitkan dengan Arsenal. Saya berasa berbangga tetapi itu hanya khabar angin. Ketika ini, saya hanya fokus untuk memperkuatkan Hamburg SV,” kata Adler baru-baru ini.

“Ini sesuatu yang memberi inspirasi kepada saya tetapi tidak menjejaskan tumpuan saya.”

Penjaga gol berusia 28 tahun dianggarkan bernilai £5 juta selepas harga yang tinggi diletakkan untuk mendapat khidmat Asmir Begovic (Stoke City) dan Simon Mignolet (Sunderland). Selain itu, Rene Adler turut memiliki 11 caps antarabangsa bersama skuad kebangsaan Jerman serta menjadi pilihan kedua selepas penjaga gol Bayern Munich, Manuel Neuer.

This entry was posted in Komentar and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply