[KOMENTAR] FERGUSON TERKEJUT DENGAN KEAGGRESIFAN ARSENAL

Sir+Alex+Ferguson+Man+UnitedPengurus Man United, Sir Alex Ferguson mengakui terkejut dengan kepantasan dan keaggresifan Arsenal dalam pertemuan kedua-dua pasukan di Stadium Emirates semalam. The Gunners berjaya merobek gawang United menerusi satu serangan pantas pada minit ke-2 menerusi Theo Walcott sebelum The Red Devils dihadiahkan sepakan penalti pada penghujung separuh masa pertama. Kedudukan 1-1 kekal hingga tamat 90 minit perlawanan untuk kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.

Meskipun penguasaan tampak seimang namun Arsenal telah berjaya melakukan 13 percubaan tepat ke gawang berbanding 5 yang yang dihasilkan oleh Manchester United. Kepantasan dan keaggresifan anak-anak buah Arsene Wenger mendapat pujian daripada pengurus kelahiran Scotland itu.

“Pada dua puluh minit pertama, saya rasa kami terkejut dengan beberapa serangan aggresif dan terjahan yang dilakukan oleh mereka,” kata Alex Ferguson kepada Sky Sports.

“Saya rasa Arsenal berjaya mencipta gerakan yang hebat dengan pantas, sangat aggresif dan banyak terjahan. Dan saya rasa pengadil (Phil Dowd) tidak dapat berdiam diri.”

Selain terkejut dengan persembahan Arsenal, Ferguson turut tidak dapat menyembunyikan kekecewaanya terhadap pengadil perlawanan, Phil Dowd yang mengendalikan pertemuan hangat kedua-dua pasukan. Pengurus berusia 71 tahun itu mengkritik Dowd kerana melayangkan lima kad kuning kepada pemainnya termasuk Phil Jones, Rafael da Silva, Robin van Persie, Jonny Evans dan Antonio Valencia.

“Kami merupakan antara pasukan yang memiliki rekod disiplin terbaik di negara ini. Bagi Man United untuk menerima 5 layangan kad kuning , saya tidak itu satu keputusan yang tepat,” kata Ferguson lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply