[KOMENTAR] CHEIKHOU KOUYATE SUKA GAYA PERMAINAN ARSENAL

Cheikhou+Kouyate+AnderlechtBek tengah Anderlecht, Cheikhou Kouyate mengakui suka dengan gaya permainan Arsenal dan tertarik untuk beraksi dalam Liga Perdana Inggeris bersama The Gunners. Pertahanan antarabangsa Senegal berusia 23 tahun itu disebut-sebut bakal meninggalkan juara Liga Belgium, Anderlecht hujung musim ini dengan Stadium Emirates dijangka akan menjadi destinasi pilihan utamanya pada jendela perpindahan musim panas ini.

Cheikhou Kouyate memulakan karier awalnya bersama ASC Yego Dakar pada 1996 sebelum bergabung dengan FC Brussels pada 2007. Pemain kelahiran Dakar, Senegal ini kemudiannya menyertai Anderlecht pada 2008. Sehingga kini, dia sudah beraksi dalam 96 perlawanan dengan menjaringkan 8 gol bersama Anderlecht selain turut memiliki 5 caps bersama skuad kebangsaan Senegal. Namun, Kouyate menegaskan dirinya mahu fokus bersama Anderlecht sebelum membuat keputusan mengenai masa depannya.

“Saya menyukai Arsenal kerana mereka bermain bola sepak dengan bagus,” kata Cheikhou Kouyate kepada Sky Sports baru-baru ini.

“Terdapa banyak pertanyaan mengenainya tetapi masih belum ada jawapan. Saya tidak mengatakan bahawa saya akan pergi tetapi ini mungkin menjadi musim terakhir saya bersama Anderlecht.”

“Sebelum berhijrah, saya akan terus memberikan komitmen 100% (bersama Anderlecht).”

This entry was posted in Komentar and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply