[KOMENTAR] ARSENAL, SEGERALAH MENJADI JUARA! – LJUNGBERG

Freddie-Ljungberg-ArsenalArsenal sudah pasti akan menamatkan musim ini tanpa meraih sebarang trofi sekaligus melebarkan kemarau kejuaraan untuk musim ke-8 berturut-turut. Bekas bintang The Gunners, Fredrik Ljungberg meminta agar bekas kelabnya itu kembali menjulang kejuaraan setelah kali terakhir pada 2005. Bekas pemain tengah Sweden itu pernah meraih 8 kejuraan utama sepanjang bersama Arsenal dari 1998 hingga 2007.

Freddie Ljungberg tiba di Arsenal dari kelab Sweden, Halmstads BK pada 1998 dengan yuran perpindahan bernilai £3 juta sekaligus mengenepikan lamaran daripada beberapa kelab utama Eropah yang lain termasuk Barcelona, Chelsea, Aston Villa dan Parma. Bekas bintang tengah Arsenal itu melahirkan harapan agar skuad bimbingan Arsene Wenger agar segera kembali meraih kejuaraan musim depan.

“Perbezaan antara skuad Arsenal yang dulu dengan sekarang sukar untuk diperkatakan. Saya sangat bertuah berada dalam pasukan yang memiliki pemain-pemain berbakat dan memenangi banyak trofi,” kata Ljungberg ketika ditemubual dalam program Meet The Trophy UEFA Champions Leauge Trophy Tour hujung minggu lalu.

“Masalah utama bagi kelab (Arsenal) yang memiliki penyokong yang ramai dan stadium yang besar tetapi tidak memenangi kejuaraan. Mereka harus bersatu untuk memenangi trofi.”

“Saya adalah penyokong setia Arsenal. Oleh itu, saya sangat berharap mereka kembali memenangi kejuaraan,” kata bekas pemain berusia 36 tahun itu lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply