[KECEDERAAN] RAWATAN JACK WILSHERE GUNA TEKNOLOGI NASA

Jack-Wilshere-injured-vs-SunderlandBintang muda Arsenal, Jack Wilshere kembali dihimpit masalah kecederaan ketika menentang Tottenham Hotspurs di White Hart Lane, London pada awal Mac lalu. Pelbagai cara yang dilakukan oleh pengurusan kelab demi memulihkan keadaan pemain muda berusia 21 tahun itu, salah satunya yang dilakukan oleh Arsenal ialah dengan menggunakan teknologi Agensi Aeronatik dan Angkasa Amerika Syarikat (NASA) untuk pemulihan Jack Wilshere.

Pemain kelahiran Stevenage itu banyak menghabiskan masa di bilik rawatan sejak Ogos 2011 di mana yang terbaru menjalani pemulihan kecederaan buku lali untuk tempoh lima atu enam minggu. Menurut Goal.com, komponen utama dalam proses pemulihan Jack Wilshere ialah penggunak teknologi anti-graviti seperti yang digunakan oleh pasukan elit bola keranjang Amerika Syarikat seperti Oakland Raiders, NBA Miami Heat dan Universiti Stamford.

Alat tersebut seperti yang digunakan oleh para angkasawan NASA menerusi penggunaan teknologi weight-bearing yang membantu Wilshere melakukan larian tanpa memberi tekanan terhadapĀ  buku lalinya. Terdahulu, Wilshere terpaksa berehat panjang selama 15 bulan sebelum kembali pada Oktober tahun lalu. Pengurus Arsenal, Arsene Wenger nyata optimis dengan anak didiknya untuk menghadapi situasi ini dan kembali memperkuatkan skuad Arsenal.

“Jack (Wilshere) sedang berada dalam situasi sukar. Dia tidak mengalami kesakitan yang luar biasa. Namun, kami harus berhati-hati demi masa depannya kerana dia masih muda,” ungkap Arsene Wenger.

This entry was posted in Kecederaan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply