[KECEDERAAN] LUKASZ FABIANSKI ALAMI KECEDERAAN RUSUK

Lukasz-Fabianski-in-trainingMenjelang perlawanan menentang Fulham di Crave Cottage malam ini, Arsenal sudah pasti kehilangan khidmat penjaga gol kelahiran Poland, Lukasz Fabianski yang beraksi cemerlang dalam empat perlawanan terakhir bersama The Gunners. Penjaga gol berusia 28 tahun itu mengalami kecederaan rusuk yang serius ketika membantu Arsenal menewaskan Norwich City 3-1 di Stadium Emirates hujung minggu lalu sekaligus bakal memberi laluan kepada rakan senegaranya, Wojciech Szczesny untuk kembali mengemudi gawang Arsenal.

“Fabianski mengalami keretakan tulang rusuk, jadi kami harus memberi rawatan sebaik-baiknya. Kami memantau perkembangannya setiap hari,” kata Arsene Wenger.

Pengurus Arsenal itu turut mengakui bahawa perancang berpengalaman, Tomas Rosicky sudah cergas sepenuh selepas diketepikan dalam dua perlawanan terdahulu. Santi Cazorla dan Oxlade-Chamberlain pula bakal menjalani pemeriksaan saat akhir sebelum sedia untuk diturunkan menentang Fulham. Sementara itu, Jack Wilshere bakal direhatkan selepas belum cergas sepenuhnya meski telah diturun beraksi ketika menentang Norwich City dan Everton.

Arsene Wenger turut mengesahkan bahawa pemain muda Jepun, Ryo Miyaichi telah selamat menjalani pembedahan baki memulihkan buku laliny. Pemain berusia 20 tahun mengalami kecederaan lalu ketika menghabiskan tempoh pinjaman bersama Wigan Athletic. Pengurus berbangsa Perancis itu bakal direhatkan untuk tempoh beberapa minggu sebelum kembali berlatih.

“Dia (Ryo) akan kembali dalam 3 minggu lalu dan kini dalam proses pemulihan. Dia melakukan dengan baik, pembedahan berjalan lancar,” kata Wenger lagi.

“Dia kekal fokus setiap hari sejak awal lagi. Dia merpakan pemain pertama yang tiba dan keluar (semasa sesi latihan) seperti kebanyakan pemain-pemain Jepun.”

“Segalanya berjalan lancar tetapi dia masih memerlukan 3-4 minggu lagi sebelum kembali beraksi. Dia akan kembali sebelum musim ini berakhir.”

This entry was posted in Kecederaan and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply