[LAGENDA] TED DRAKE – PENYERANG ARSENAL YANG DIGERUNI

Ted+Drake+Arsenal+LegendMungkin namanya tidak sehebat Pele, Maradona, Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, Ferenc Puskas, Alfredo de Stefano atau nama-nama besar bola sepak Inggeris seperti Alan Shearer, Thierry Henry, Les Ferdinand, Eric Cantona, Robbie Fowler dan sebagainya. Namun, bekas penyerang prolifik Arsenal ini memiliki pencapaian tersendiri yang memahat namanya selaku pengempur yang digeruni dalam Liga Inggeris suatu ketika dahulu.

Kejayaan Ted Drake menjaringkan 100 pertama dalam hanya 108 perlawanan belum mampu ditandingi oleh mana-mana pemain Arsenal. Pemain yang paling hampir dengan pencapaian Drake itu ialah Ian Wright yang mencatatkan 100 gol dalam 143 perlawanan manakala Thierry Henry pula memerlukan 181 perlawanan. Sementara itu, Robin van Persie hanya berjaya menjaringkan 100 gol selepas 238 perlawanan.

ted-drake-arsenal-vs-sunderlandEdward Joseph ‘Ted’ Drake menyertai Arsenal dari Southampton pada Mac 1934 dengan yuran perpindahan bernilai £6,500 ketika berusia 22 tahun dan mendapat debut ketika membantu The Gunners menewaskan Wolves 3-2 pada 24 Mac 1934. Sepanjang bersama Arsenal, Ted Drake telah menjaringkan 139 gol daripada 184 perlawanan sebelum mengumumkan persaraan pada 1954 kerana mengalami kecederaan serius.

Selain itu, pemain kelahiran Southampton ini juga merupakan penjaring gol terbanyak Arsenal dalam satu musim dengan meledak 44 gol dalam 46 perlawanan. Pencapaian Drake itu menyaksikannya muncul selaku pemain terpantas mencatatkan 100 gol dan masih kekal dalam lipatan sejarah. Di samping itu, Ted Drake turut terkenal dengan rekod menjaringkan 7 gol dalam satu perlawanan ketika menentang Aston Villa pada musim 1935/36.

Dalam perlawanan tersebut, percubaan untuk gol ke-7 terkena palang dan melepas garisan gol namun tidak dibenarkan oleh pengadil perlawanan. Ted Drake memprotes keputusan pengadil itu tetapi pengadi tersebut telah berkata kepadanya, “Jangan tamak. Tidak cukupkah dengan enam gol.” Namun, selepas itu Drake melengkapkan malam gemilangnya dengan gol ketujuh dan rekod tersebut masih belum ditandingi oleh mana-mana penyerang dalam Liga Perdana Inggeris.

This entry was posted in Lagenda and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply