[CORETAN] ROBIN VAN PERSIE TERSALAH MASUK BILIK PERSALINAN

Robin-van-Persie-back-to-Emirates-StadiumMeskipun sudah lapan bulan meninggalkan Stadium Emirates, Robin van Persie jelas masih merindui kehidupan di Stadium Emirates. Bekas kapten Arsenal itu mencetuskan kontroversi apabila meninggalkan Arsenal untuk menyertai Man United dengan yuran perpindahan bernilai £24 juta pada Ogos tahun lalu. Dalam pertembungan Arsenal-Man United Ahad lalu, penyerang sensasi Red Devil itu tersalah masuk bilik persalinan di Stadium Emirates.

Sejurus turun dari bas Manchester United, Robin van Persie terus berjalan ke bilik persalinan pemain-pemain Arsenal. Selepas menyedari kesilapannya, pemain berusia 30 tahun secara spontan tersenyum lalu menepuk dahinya dan berjalan menuju ke bilik persalinan pasukan pelawat. Tindakan tersebut merupakan reaksi spontan Robin van Persie yang sudah biasa dengan kehidupan dan persekitaran Stadium Emirates selepas menghabiskan 8 musim bersama Arsenal.

Robin+Van+Persie+Arsenal+v+Tottenham+HotspurRobin van Persie menyertai Arsenal pada 17 Mai 2004 dari Feyenoord dengan yuran perpindahan bernilai £2.75 juta. Sepanjang bersama The Gunners, pemain kelahiran Rotterdam, Belanda itu telah menjaringkan 132 gol daripada 277 perlawanan. Meskipun berjaya meraih kejuaraan sulung bersama United, namun Robin van Persie mengakui dirinya masih menyayangi dan menghormati Arsenal.

“Ada sebahagian penyokong Arsenal yang masih mengenang saya dan ada pula yang mula membenci saya,” kata Robin van Persie sebelum perlawanan hujung minggu lalu.

“Walau bagaimanapun mereka tetap seorang penyokong yang luar biasa dan pastinya mereka masih berada di hati saya.”

“Saya tetap menghormati Arsenal. Di sanalah tempat saya menimba pengalaman dalam karier saya hingga ke saat ini. Kalian pastinya lebih mengetahuinya,” kata van Persie lagi.

Incoming search terms:

  • coretan arsenal
This entry was posted in Coretan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply