[CORETAN] JANGAN BERPUTUS ASA, DIABY – WENGER

Abou-Diaby-injury-2009Arsene Wenger memberi dorongan kepada Abou Diaby tidak berputus asa dalam kariernya meskipun sering kali dihimpit kecederaan serius sebaliknya mahu melihat pemain berusia 26 tahun itu kembali beraksi tahun depan. Pemain tengah Perancis itu telah mengalami 35 kecederaan sejak kali pertama mengalami kecederaan buku lali diterjah oleh pemain Sunderland, Dan Smith pada 1 Mei 2006. Terbaru, Diaby diketepikan untuk tempoh 8-9 bulan selepas mengalami kecederaan ACL minggu lalu.

Abou Diaby tiba di Arsenal dari kelab Perancis, Auxerre pada 13 Januari 2006 dengan bayaran perpindahan bernilai £2 juta. Namun, karier pemain kelahiran Paris ini sering kali terganggu ekoran siri kecederaan demi kecederaan sekaligus gagal memberi impak besar kepada Arsenal. Sebelum perlawanan menentang Reading hujung minggu lalu, pemain-pemain Arsenal memakai t-shirt yang bertulis ‘Get Well Soon Abou’ untuk memberi sokongan kepada Diaby.

“Itu adalah minggu penuh kejutan bagi kami kerana saya fikir asalnya ia hanya lutut yang terkehel,” kata Arsene Wenger.

“Apabila mereka memberitahu saya bahawa itu adalah kerosakan pada cruciate ligament dan saya tahu apa yang dia akan hadapi dan berapa lama dia berkerja keras siang dan malam untuk proses pemulihan. Itu benar-benar meruntuhkan moralnya.”

“Saya berharap dia akan menemui sumber kekuatan untuk kembali kerana dia sedikit berputus asa.”

“Apabila anda melihat jumlah kecederaan serta pembedahan yang dilaluinya dan pembedahan di mana dia baru berusia 26 tahun telah menerima 4 atau 5 pembedahan besar. Itu memerlukan kekuatan mental untuk kembali dan saya berharap dia tidak berputus asa untuk meneruskan kariernya.”

Dalam lapan musim, Diaby hanya beraksi dalam 182 perlawanan bersama Arsenal termasuk 43 kali selaku pemain gantian. Malangnya pemain tengah berusia 26 tahun itu cuma beraksi 63 kali sejak menandatangani kontrak jangka masa panjang pada Januari 2010. Namun, Wenger masih menaruh harapan dan keyakinan yang tinggi agar Abou Diaby kembali pulih serta cergas untuk beraksi bersama skuad utama Arsenal.

This entry was posted in Coretan and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply