[CORETAN] CUACA SEJUK CABARAN UTAMA BUAT MONREAL

Nacho-Monreal-goal-Arsenal-vs-Swansea-2013Nacho Monreal mengakui gembira dengan kehidupan di London serta berterima kasih kepada rakan senegaranya, Cazorla dan Arteta yang banyak membantu dirinya menyesuaikan diri di Arsenal dengan cepat. Pertahanan kiri antarabangsa Sepanyol itu tiba di Arsenal beberapa jam sebelum jendela perpindahan Januari lalu melabuhkan tirainya dengan yuran perpindahan dianggarkan bernilai 8.5 juta.

Meskipun baru menyertai skuad bimbingan Arsene Wenger namun bekas kiri Malaga menjadi tumpuan apabila cepat menyesuaikan diri dengan saingan bola sepak Inggeris. Malah, Monreal mengakui dirinya tidak mnghadapi masalah dengan corak permainan Arsenal serta berjaya mendapat kepercayaan Arsene Wenger untuk berada dalam kesebelasan utama The Gunners.

“Sejak saya berada di sini, pengurus (Wenger) banyak memberikan keyakinan kepada saya dan memberi peluang saya beraksi dalam kesebelasan utama,” kata Monreal baru-baru ini.

“Segala cabaran di sini berbeza kerana liga di sini benar-benar berbeza berbanding La Liga. Saya berterima kasih kpd Santi dan Mikel (kerana membantu saya). Saya dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di sini dan saya sangat gembira.”

Nacho Monreal  mengakui perbezaan bahasa dan perubahan cuaca (yang lebih sejuk) di kota London berbanding dengan Sepanyol menjadi cabaran utama buat dirinya sejak tiba di Arsenal. Namun, pemain berusia 27 tahun mengakui dirinya bersedia untuk menghadapi cabaran terbut demi mengembangkan karier bola sepaknya di peringkat yang lebih tinggi.

“Saya tiba di sini dan tidak boleh berbahasa (Inggeris) dan tidak mampu berkomunikasi dengan rakan-rakan saya merupakan salah satu kesukaran bagi saya untuk menyesuaikan diri di sini secara peribadi sebagai seorang pemain.”

“Perubahan cuaca adalah sangat berbeza dengan cuaca di kota selatan Sepanyol yang lebih panas dan cuaca di sini yang sejuk,” kata Monreal lagi.

This entry was posted in Coretan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply