[BULETIN] WILSHERE DAN WALCOTT KEMBALI MINGGU DEPAN

theo-walcott-jack-wilshere-oxlade-chamberlain-in-london-colneyDuo bintang England, Jack Wilshere dan Theo Walcott kembali pulih dari kecederaan dan bakal kembali memperkuatkan skuad utama Arsenal menjelang pertemuan menentang Norwich City minggu depan. Wilshere diketepikan kerana kecederaan pergelangan kaki sejak kali terakhir beraksi menentang Tottenham awal Mac lalu sementara Walcott pula mengalami masalah pinggang ketika tugasan antarabangsa bersama skuad kebangsaan England dua minggu lalu.

Kini, kedua-dua tonggak Arsenal ini kembali menjalani latihan penuh bersama skuad utama dan turut berada dalam kunjungan ke West Bronwich Albion hujung minggu. Namun kemungkinan besar Wilshere dan Walcott tidak akan diturunkan bagi memastikan kedua-dua pemain itu benar-benar pulih dari kecederaan yang dialami. Arsenal kini berada di landasan terbaik apabila memenangi 5 daripada 6 perlawanan terakhir dan hanya 4 mata dipisahkan dengan Spurs yang berada di kedudukan ketiga liga.

“Keadaan Jack dan Theo sudah pulih dan mereka berpeluang untuk diturunkan dalam perlawanan menentang Norwich City minggu depan,” kata Steve Bould menerusi laman rasmi Arsenal.

Penolong pengurus Arsenal itu juga memaklumkan bahawa kecederaan lutut yang dialami oleh bek kiri Sepanyol, Nacho Monreal ketika perlawanan menentang Reading hujung minggu lalu tidak serius di mana sudah mula berlatih sejak beberapa hari lalu dan cergas sepenuhnya dalam perlawanan menentang West Brom minggu ini. Namun, Abou Diaby dan Ryo Miyichi bakal berehat panjang selepas mengalami kecederaan yang serius.

This entry was posted in Buletin and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply