[BULETIN] SANTI CAZORLA PEMAIN TERBAIK BULAN MAC

Santi-Cazorla-potm-Mac-2013Santi Cazorla dipilih selaku Pemain Terbaik Bulanan EA Sports bagi bulan Mac – kali keempat untuk musim ini selepas menampilkan aksi yang cemerlang sepanjang bulan lalu. Sementara itu, pemain antarabangsa Sepanyol turut menerima penghargaan berganda apabila jaringan cantiknya ketika membantu Arsenal menewaskan Reading 4-1 turut dipilih selaku Gol Terbaik bagi bulan Mac.

Meskipun hanya menjaringkan  1 gol dan menghasilkan 1 assist namun sudah cukup untuk Cazorla dipilih selaku Pemain Terbaik bagi Bulan Mac dengan memperoleh 33.1% undian mengatasi Abou Diaby dikedudukan kedua dengan 20.3% manakala Laurent Koscielny di tempat ketiga dengan 11.1% undian. Pemilihan ini berdasar undian yag dilakukan menerusi laman sesawang rasmi Arsenal.com.

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply