[BULETIN] BAYERN MUNICH INTAI KELIBAT LAURENT KOSCIELNY

Koscielny-Arsenal-vs -Bayern-2013Menurut majalah France Football, Bayern Munich dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pertahanan Arsenal, Laurent Koscielny pada jendela perpindahan musim panas ini. Pertahanan antarabangsa Perancis berusia 26 tahun itu berjaya menjaringkan gol untuk mengikat agregate serta cemerlang mengemudi gawang Arsenal daripada dibolosi dalam perlawanan kedua saingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara Eropah.

Aksi cemerlang Koscielny itu telah menarik perhatian The Bavarians bagi mengukuhkan skuad musim depan. Laurent Koscielny melengkapkan perpindahan ke Stadium Emirates pada 7 Julai 2010 dari kelab Ligue 1, FC Lorient dengan yuran perpindahan bernilai £8.5 juta. Sepanjang 3 musim bersama The Gunners, pertahanan kental Perancis ini sudah melakukan 114 penampilan dengan menjaringkan 9 gol dan 4 assist.

“Koscielny menampilan persembahan cemerlang dalam pusingan ke-2 dan berjaya menarik perhatian Bayern Munich dan mereka akan mengemukakan tawaran,” seperti yang dilaporkan dalam France Football.

“Namun, ia tidak jelas samada tawaran sudah dikemukan. Jika ia menjadi kenyataan, Arsenal berharap mereka akan mengemukan tawaran secara terhormat kerana Koscielny baru menandatangani kontrak jangka masa panjang.”

Musim lalu, Koscielny turut menarik minat kelab gergasi Sepanyol, Barcelona sebelum menandatangani kontrak jangka masa panjang bersama The Gunners. Sementara itu, rakan seposisi Koscielny di Arsenal, Thomas Vermaelen dan Per Mertesacker turut dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Stadium Emirates. Bek tengah Belgium, Vermaelen menjadi sasaran terbaru Barcelona manakala Mertesacker diintai oleh VfL Wolfburg.

This entry was posted in Buletin and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply