[BULETIN] ARSENAL MAHU TAMBAH KAPASITI STADIUM EMIRATES

from-emirates-with-loveArsenal FC dikhabarkan mahu menambah kapasiti Stadium Emirates sebanyak 10,500 tempat duduk pada musim panas akan datang. Pemegang saham terbesar Arsenal, Stan Kroenke dilaporkan mengarah kerja-kerja tersebut dimulakan secepat mungkin sebaik sahaja musim ini berakhir dengan firma US, Mortenson Construction akan membentangkan draf untuk kerja-kerja menambah kapasiti Stadium Emirates ini.

Stadium Emirates yang menelan kos pembinaan berjumlah £470 juta ini telah dibuka secara rasmi pada 22 Julai 2006 bagi mengantikan stadium lama Arsenal, Highbury. Stadium moden serba baru yang terletak di Islington, utara kota London ini memiliki kapasiti asas sebanyak 60,361 tempat duduk merupakan stadium bola sepak ketiga terbesar di England selepas Stadium Wembley dan Old Trafford.

Kerja-kerja mengubasuai ini melibatkan kerja mengalihkan sebahagian besar bahagian tempat duduk sedia ada yang terletak di bawah dan atas tingkat kedua-dua sisi padang dan digantikan dengan tempat duduk yang lebih rendah. Ketika ini, setiap kerusi tempat duduk berukuran 20″ lebar dan bakal digantikan dengan tempat duduk yang lebih kecil agar kapasiti dapat ditingkatkan.

Arsenal meletakan sasaran untuk menyaingi kapasiti yang dimiliki oleh Old Trafford dan usaha ini berjaya mengurang jurang dengan gelanggang rasmi Manchester United. Setakat ini, kapasiti Old Trafford ialah 75,765 tempat duduk manakala Stadium Emirates bakal memiliki 70,861 tempat duduk selepas kerja-kerja pengubahsuaian ini selesai. Usaha ini juga akan memberika persekitran baru buat penonton yang hadir ke Stadium Emirates.

Mortenson Construction dan Kroenke Sports Enterprises (KSE) pernah berkerjasama sebelum ini dalam pembinaan dan pembangunan Pepsi Center di Denver, gelanggang tuan rumah bagi kelab bola keranjang NBA, Denver Nuggets selain NHL’s Colorado Avalanche, AFL’s Colorado Crush dan NLL’s Colorado Mammoth. Di samping itu, usaha menambahkan kapasiti ini akan membuka peluang untuk Stadium Emirates menjadi gelanggang acara penting seperti perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah yang memerlukan kapasiti minimum 63,500 tempat duduk.

This entry was posted in Buletin and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply