[BULETIN] ARSENAL KEMUKAKAN RAYUAN UNTUK OLIVIER GIROUD

Olivier-Giroud-red-card-vs-FulhamArsenal FC mengesahkan akan mengemukan rayuan layangan kad merah ke atas Olivier Giroud ketika kemenangan 1-0 ke atas Fulham dalam perlawanan Sabtu lalu. Penyerang kelahiran Perancis itu mengakui dirinya tergelincir dalam usaha untuk merampas bola pada minit ke-89 di mana Giroud kelihatan menjatuhkan Malonev dengan dua kaki sekaligus menyebabkan Andre Marriner tidak mempunyai pilihan dengan melayangkan kda merah.

Berdasarkan kenyataan daripada Arsenal.com,” Arsenal FC akan mengemukan rayuan kepada FA England terhadap pengguguran kad merah kepada Olivier Giroud dalam perlawanan menentang Fulham di Craven Coattage pada Sabtu lalu.”

“Berdasarkan peraturan daripada jawatankuasa FA England di mana akan mendengar rayuan pada Selasa ini (esok).”

Layangan kad merah tersebut menyaksikan Olivier Giroud bakal menjalani pengantungan tiga perlawanan dan bakal terlepas perlawanan menentang Manchester United, QPR dan Wigan Athletic.

This entry was posted in Buletin and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply