[BULETIN] THE GUNNERS HAMPIRI JULIAN DRAXLER

julian-draxler-schalke-04Arsenal dilaporkan semakin hampir untuk menandatangani pemain muda Jerman, Julian Draxler dari kelab Bundesliga, Schalke 04. Pemain tengah berusia 19 tahun itu merupakan salah seorang prospek muda yang sedang menyinar dalam di pentas Eropah di mana sudah memiliki 4 caps bersama skuad kebangsaan Jerman. Selain The Gunners, Julian Draxler turut menjadi sasaran beberapa kelab-kelab utama Eropah termasuk Real Madrid dan Manchester United.

Pengarah urusan Schakle 04 mengatakan bersedia untuk melepaskan Julian Draxler andai diberikan dengan nilai perpindahan dianggarkan bernilai £15 juta berdasarkan prestasi semasa pemain kelahiran Gladbeck, Jerman. Musim ini, Draxler sudah melakukan 34 penampilan bersama Schalke 04 dengan menjaringkan 11 gol dan menghasilkan 5 assist. Pemain berusia 19 tahun juga tampil selaku pemain Schalke 04 termuda memperoleh 100 penampilan dalam saingan kompetatif.

Sementara itu, Arsenal dilaporkan telah berjaya mencapai persetujuan dengan penyerang Fiorentina, Stevan Jovetic. Menurut agen bola sepak Itali, Guido Di Domenico mendedahkan bahawa Jovetic bersedia menyertai Arsenal pada musim panas ini di mana telah bersetuju dengan terma perpindahan. The Gunners dilaporkan berjaya mendapatkan pemain berusia 23 tahun selepas dia menolak tawaran dari Juventus dan Manchester City.

“Jovetic merupakan antara pilihan utama untuk Juventus tetapi berdasarkan maklumat saya perolehi bahawa pemain muda itu telah bersedia untuk berpindah ke Arsenal. Dia kelihatan terpesona dengan projek mereka (Arsenal),” kata Di Comenico.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply