[ARTIKEL] PERBEZAAN WAKTU MALAYSIA DENGAN UNITED KINGDOM

day-night_2Pernahkah anda keliru dengan perbezaan waktu di Malaysia dengan di United Kingdom (UK)? Tahukah anda bahawa siang pada musim panas lebih panjang berbanding musim sejuk di negara beriklim empat musim. Fenomena ini menjadi inspirasi tercetusnya sistem ‘Daylight Saving Time’ dan menyebabkan kita sering kali keliru perbezaan waktu di negara-negara empat musim dengan waktu di Malaysia.

Apa itu Daylight Saving Time?

semi-panasDaylight Saving Time (DST) adalah sistem yang digunakan di Eropah dan Amerika Utara di mana waktu pada musim panas dianjakan 1 jam ke hadapan berbanding musim sejuk bermula pada 31 Mac hingga 1 Oktober setiap tahun. Sistem ini memberi peluang kepada mereka untuk menyesuaikan diri dengan waktu yang masih terang dalam kehidupan sehari-harian dan memberi peluang untuk lebih menikmati waktu malam.

Kebiasaannya, kita melakukan aktiviti bermula pukul 6.00 pagi hingga 6.00 petang di mana rutin ini sangat sesuai dengan musim luruh dan musim bunga kerana waktu siang dan malam sama panjang. Namun, berbeza dengan musim panas, matahari akan terbit lebih cepat dan terbenam lebih lewat menjadikan waktu siang lebih panjang berbanding musim sejuk. Lantaran itu, waktu dianjak satu jam kehadapan setiap hari bagi mengimbangi waktu untuk melakukan aktiviti sehari-harian.

Sistem ini dinamakan ‘Daylight Saving’ atau ‘Tabungan Cahaya Matahari’ di mana waktu beraktiviti bermula pada pukul 6.00 pagi walaupun hakikatnya waktu sebenar ialah 7.00 pagi. Ini kerana waktu dianjakkan 1 jam ke hadapan setiap hari sekaligus menjadikan perbezaan waktu di Malaysia dengan waktu di UK musim panas ialah 7 jam berbanding perbezaan 8 jam pada musim sejuk.

daylight-saving-time-dstJadi, anda perlu menganjak 1 jam setiap hari jika anda memakai jam analog pada pukul 12.00 t/malam menjadi pukul 1.00 pagi. Namun, bagi jam digital di komputer atau telefon bimbit lebih mudah kerana terdapat tetapan untuk ‘Daylight Saving’ di mana waktu akan dianjakkan secara automatik tanpa perlu mengubah waktu jam setiap hari. Sistem ini memberi lebih ruang untuk melakukan aktiviti malam lebih lama seperti musim sejuk.

Asal-usul Daylight Saving Time

Sistem ini sangat sinonim dengan pencipta dan negarawan Amerika Syarikat, Benjamin Franklin yang dikatakan sebagai pencetus idea kepada sistem ‘Daylight Saving’ yang menulis sepucuk surat kepada editor Journal of Paris tentang relavan penggunaan lilin dengan bangun tidur lebih awal. Namun, idea ini sebenarnya diusulkan oleh seorang ahli entomologi dari New Zealand, George Vernon Hudson.

Usaha yang lebih serius dilakukan oleh William Willett menerusi tulisannya dalam ‘Wast of Daylight’ yang diterbitkan pada 1907 namun masih gagal untuk mendorong pemerintah di Great Britain untuk mengaplikasikannya. Sistem ‘Daylight Saving’ ini dipraktikan oleh pemerintah Jerman pada Perang Dunia I antara 30 April hingga 1 Oktober 1916. Pada 31 Mac 1918, sistem ini mula dipraktikan secara rasmi sehingga Perang Dunia I berakhir meskipun tidak mendapat sambutan daripada penduduk di sana.

Incoming search terms:

  • perbezaan waktu malaysia dan uk
  • perbezaan waktu malaysia dan london
  • perbezaan waktu malaysia dan amerika syarikat
  • waktu london dengan malaysia
  • beza waktu malaysia dengan uk
  • perbezaan waktu malaysia dan amerika
  • perbezaan waktu malaysia dan united kingdom
  • beza waktu malaysia dengan London
  • waktu uk dan malaysia
  • perbezaan masa malaysia dan amerika
This entry was posted in Artikel and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply