[UCL] ARSENAL TEWASKAN BAYERN MUNICH DI ALLIANZ ARENA

bayern-munich-vs-arsenal-2013Arsenal bangkit dari prestasi kurang memberansangkan dalam beberapa perlawanan terdahulu untuk menewaskan Bayern Munich 2-0 di Allianz Arena pada perlawanan kedua saingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara Eropah 2012/13. Namun, kemenangan itu gagal untuk memadam defisit 1-3 yang dimiliki oleh The Bavarians daripada perlawanan pertama di Stadium Emirates pertengahan Februari lalu sekaligus menyaksikan The Gunners tersingkir dari saingan berdasarkan peraturan gol di tempat lawan.

Arsenal melakukan sedikit perubahan dengan merehatkan beberapa pemain utama termasuk Thomas Vermaelen dan Wojciech Szczesny sementara Jack Wilshere, Lukas Podolski dan Bacary Sagna disisihkan kerana kecederaan. Lukas Fabianski diturun buat pertama kali selepas berehat panjang kerana mengalami kecederaan. Kieran Gibbs turut kembali dalam kesebelsan utama sejak hujung Januari lalu. Carl Jenkinson pula mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Bacary Sagna.

Sementara itu, Per Mertesacker dan Laurent Koscielny bergandingan selaku pertahanan tengah. Mikel Arteta dan Aaron Ramsey terus diberi kepercayaan mengemudi jentera tengah manakala Tomas Rosicky pula mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Wilshere. Santi Cazorla kekal di posisi sayap kiri sementara Theo Walcott menjana serangan di bahagian sayap kanan. Olivier Giroud pula kembali diturunkan selaku center foward dalam kesebelsan utama Arsenal.

Bayern Munich juga turun tanpa beberapa tonggak termasuk Frank Ribery dan Holger Badstuber yang mengalami kecederaan manakala Bastian Schweinsteinger dan Jerome Boateng yang menjalani pengantungan perlawanan. Ketiadaan Ribery diganti dengan Robben manakala Luiz Gustuvo mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Schweinsteiger. Namun, rekod tanpa kalah dalam 28 perlawanan menjadi sandaran utama The Bavarians melayan kunjungan Arsenal.

Olivier-Giroud-goal-v-Bayern-2013Skuad bimbingan Arsene Wenger bermula garang dengan mengasak kubu Bayern sebaik wisel dibunyikan. Usaha Arsenal membuahkan hasil apabila Giroud berjaya menemui sentuhan gol selepas menerima hantaran lintang dari Walcott pada minit ke-3. Jaringan tersebut mengejut The Bavarians yang kembali mengukuhkan benteng pertahanan daripada terus dibolosi. Pemain sayap Bayern, Muller hampa apabila gerakan beberapa kali terperangkap offside.

Percubaan Toni Kroos pada minit ke-25 hampir memberi gol penyamaan buat Bayern Munich namun Fabianski cemerlang menafikannya di gawang Arsenal. Giroud terlepas peluang untuk memberikan gol kedua buat The Gunners selepas gagal menyempurnakan hantaran cantik daripada Walcott pada minit ke-31. Pertahanan Arsenal, Mertesacker pula berjaya menghalang gerakan Muller dalam kawasan penalti pada minit ke-37.

Sebaik babak kedua bersambung, Bayern Munich kian aggresif mengasak kubu Arsenal dan hampir memecah kebuntuan pada minit ke-47 namun percubaan Ribery sedikit tersasar. Seminit berselang, giliran Kroos menguji gawang Arsenal menerus percubaan dari jarak 30 ela namun sekali lagi dinafikan oleh Fabianski. Pemain tengah Bayern, Gustuvo turut melakukan percubaan namun gagal menemui sasaran pada minit ke-67 manakala percubaan Muller diselamatkan oleh Fabianski 3 minit berselang.

Laurent-Koscielny-goal-vs-Bayern-2013Wenger membawa masuk Gervinho dan Oxlade-Chamberlain pada minit ke-72 bagi menambah sengat di bahagian serangan dan hampir membuahkan hasil namun percubaan Gervinho pada minit ke-79 sedikit tersasar. Rembatan deras Muller pada minit ke-82 sekali lagi berjaya diselamatkan oleh Fabianski. Arsenal akhirnya berjaya memperolehi gol kedua menerusi tandukan Koscielny berpunca dari sepakan sudut Cazorla pada minit ke-85.

Meskipun Arsenal mengandakan asakan untuk untuk mencari gol ketiga namun Bayern Munich ampuh bertahan untuk kedudukan 0-2 kekal hingga tamat perlawanan. Walaupun kedua-dua pasukan terikat 3-3 namun The Bavarians berjaya mara ke suku akhir berdasarkan peraturan gol di tempat lawan hasil kemenangan 3-1 di Stadium Emirates pada 19 Februari lalu. Kekalahan Arsenal menyaksikan tiada wakil kelab Inggeris pada suku akhir Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

MAN OF THE MATCH : LAURENT KOSCIELNY

match-statistics-bayern-v-arsenal-2013

This entry was posted in Ulasan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply