[PERSPEKTIF] JACK WILSHERE CALON KAPTEN YANG TEPAT – WRIGHT

Jack-Wilshere-Arsenal-future-captainArsene Wenger memberi jaminan bahawa Jack Wilshere bakal menjadi kapten Arsenal musim hadapan jika pemain tengah berusia 21 tahun itu mengekalkan prestasi pada tahp tertinggi serta konsentrasi dalam permainannya. Isu kapten Arsenal hangat diperkatakan selepas gagal untuk memimpin Arsenal beraksi baik pada musim ini menjadi faktor utama bahawa lilitan kapten bakal dipertimbangkan untuk diserahkan kepada Wilshere.

Musim ini, Jack Wilshere baru sekali diberi peluang memakai lilitan kapten ekoran kecederaan yang dialami oleh Vermaelen dan Arteta ketika membantu Arsenal membelasah West Ham United pada 23 Januari lalu. Wilshere dilihat bakal mengikut jejak langkah Cesc Fabregas dan Tony Adams andai pilih menjadi kapten Arsenal ketika berusia 21 tahun. Terdahulu, pemain tengah England itu telah menandatangani kontrak jangkamasa panjang bersama Arsenal sehingga 2017.

gareth-bale-provoke-jack-wilshereSementara itu, penyerang lagenda Arsenal, Ian Wright mengagumi keperibadian pemain muda itu dan mengakui Wilshere layak untuk menjadi kapten Arsenal. Pemain kelahiran Stevenage itu berjaya menampilkan aksi cemerlang meskipun terpaksa berehat panjang lebih 14 bulan kerana kecederaan dan kembali beraksi pada Oktober lalu. Sepanjang musim ini, Wilshere telah beraksi dalam 25 perlawanan dengan menjaringkan 2 gol dang menghasilkan 5 assist.

“(Jack) Wilshere adalah pemain yang tepat untuk menjadi kapten Arsenal sekarang. Dia memimpin melalui teladan,” kata Wright kepada The Sun.

“Wilshere menunjukan kemajuan. Dia pemain yang terus meningkat, melakukan terjahan dan membantu mengubah permainan.”

“Ketika melihat matanya, saya melihat pandangan (mata) yang sama seperti yang ditunjukkan oleh Tony Adams,” kata bekas penyerang berusia 49 tahun itu lagi.

thomas-vermaelen-vs-aaron-lennon-spursDalam masa yang sama, Barcelona mengintai peluang untuk menandatangani kapten Arsenal, Thomas Vermaelen pada jendela perpindahan musim panas akan datang. Kelab Catalan itu berminat untuk mendapat pertahanan tengah Belgium itu bagi mengantikan Eric Abidal. Kemampuan Vermaelen beraksi baik selaku pertahanan tengah dan bek kiri menjadi pilihan utama Barcelona.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply