[PERSPEKTIF] WENGER TIDAK MENDAPAT DANA YANG CUKUP – BRADY

liam-brady-defends-wengerLagenda Arsenal, Liam Brady percaya bahawa Arsene Wenger masih mendapat sokongan penuh daripada lembaga pengarah dan pengurus berbangsa Perancis itu akan diberikan dana yang besar untuk dilaburkan dalam usaha membina skuad Arsenal yang mantap. The Gunners bakal mengharungi 8 musim tanpa kejuaraan selepas terlepas kejuaraan Piala FA dan Piala Capital One serta ketinggalan 24 mata di belakang pendahulu liga, Manchester United.

Kini, Liam Brady berkhidmat selaku Pengarah Pembangunan Remaja Arsenal memberi komen bagi memberi pencerahan kepada situasi semasa kelab sama ada berada di bawah pelaburan dengan sumber kewangan yang terhad atau pilihan Arsene Wenger sendiri. Brady memberi cadangan agar pengurus Arsenal itu diberi lebih banyak dana untuk dibelanjakan bagi membina skuad yang mantap.

“Saya berharap Arsene diberi peluang untuk berbelanja dan meletakkan kami (Arsenal) kembali seperti mana kami berada pada 8 tahun yang lalu,” kata Liam Brady.

Arsene-Wenger-local-player-more-loyal“Saya rasa dia seharusnya mendapat peluang dan sejak saya berada dalam kelab ini, saya tidak fikir terdapat tekanan ke atasnya – Saya percaya lembaga pengarah 100% berada di belakangnya.”

“Apabila anda ditewaskan oleh musuh setempat, ia menyebabkan ramai orang berbicara mengenainya terutama pihak media dan itu merupakan perkara yang mereka suka. Tetapi saya rasa kami perlu kekal fokus kepada matlamat kami.”

“Majoriti penyokong juga berada di belakangnya, begitu juga dengan staf. Jadi, kita harus melihat apa yang berlaku pada masa akan datang. Saya rasa kemerosotan Arsenal hanya diperbesar-besarkan,” kata bekas pemain Arsenal berusia 57 tahun itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply