[PERSPEKTIF] THE GUNNERS PERLUKAN PERUBAHAN – CAMPBELL

sol-campbell-arsenal-2008Bekas bek tengah Arsenal dan England, Sol Campbell mengkritik Arsene Wenger selepas dihimpit kemarau kejuaraan sejak 2005 serta diancam kegagalan untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan. The Gunners kini berada dikedudukan kelima liga dengan 47 mata selepas 28 perlawanan di belakang Manchester United (71 mata), Manchester City (56 mata), Spurs (54 mata) dan Chelsea (52 mata). Arsenal juga telah tersingkir dari saingan Piala FA selepas tewas kepada Blackburn Rovers.

Sol Campbell menyertai Arsenal dari musuh setempat Arsenal, Tottenham Hotspurs pada musim panas 2001 dengan melakukan 215 penampilan serta menjaringkan 10 gol. Bekas pertahanan kental itu berjaya 2 kejuaraan Liga Perdana Inggeris, 3 Piala FA dan 2 Perisai Komuniti sepanjang bersama The Gunners. Campbell mahu pengurus Arsenal itu melakukan perubahan besar-besaran pada jendela perpindahan pemain bagi membentuk skuad yang mantap.

“Anda harus memberi penghargaan besar kepada apa yang telah dilakukan oleh dia (Wenger) itu membuatkan kita terlepas pandang sejak mereka gagal meraih kejuaraan. Arsenal merupakan pasukan yang konsisten dalam liga,” kata Sol Campbell.

“Mungkin harus ada perubahan dalam proses perpindahan pemain. Seharusnya Arsenal melakukan dengan lebih daripada cara lama. Saya rasa penyokong berhak menerimanya.

robin_van_persie_menandatangani_kontrak_man_unitedSol Campbell mengambil contoh keberanian pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson yang berusaha untuk meraih kejuaraan dengan menandatangani Robin van Persie dari Arsenal dengan bayaran perpindahan yang tinggi bernilai £24 juta meskipun penyerang antarabangsa Belanda itu sudah berusia 29 tahun.

“Sir Alex Ferguson jelas melihat di mana United boleh meraih kejuaraan jika memiliki Robin van Persie dan mengambil keputusan untuk mendapatkannya. Jika mereka berjaya, mereka menerima hasil daripada apa yang mereka belanjakan,” kata bekas pemain Arsenal itu.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply