[PERSPEKTIF] THE GUNNERS PERLUKAN DAVID VILLA – LAUREN

David-Villa-Arsenal-target-2013Bekas pertahanan Arsenal, Laureano Bisan-Etame Mayer atau Lauren menegaskan bahawa The Gunners memerlukan pemain seperti David Villa. Meskipun Lauren mengakui Arsenal memiliki ramai penyerang yang hebat namun mereka masih gagal untuk menjaringkan gol secara konsisten untuk pasukan. Setakat ini, Theo Walcott muncul selaku penjaring terbanyak Arsenal dengan 18 gol dalam semua kejohanan diikuti Olivier Giroud (14 gol) dan Lukas Podolski (13 gol).

Bagi Lauren, David Villa merupakan pemain yang paling sesuai untuk beraksi bersama Arsenal dengan memiliki kemampuan menjaringkan banyak gol untuk kelab yang disertainya. Meskipun persembahan penyerang Barcelona itu sedikit menurun selepas dihimpit kecederaan, namun Villa masih berjaya menjaringkan 12 gol daripada 26 perlawanan setakat ini. Lauren mengakui penyerang berusia 31 tahun itu mampu memberi kejayaan kepada Arsenal dalam Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara Eropah.

“Arsenal memerlukan pemain-pemain yang seperti David Villa dalam pasukan mereka,” Lauren kepada La Xarxa.

“Dia (Villa) mampu menjaringkan banyak gol dalam satu musim dan itu yang diperlukan oleh The Gunners. Arsenal perlukan pemain yang mampu memanfaatkan setiap perluang yang terhidang menjadi gol.”

“Arsene Wenger berjaya mendapatkan Monreal, Cazorla dan Arteta yang sangat serasi dengan permainan pasukan (Arsenal) dan perkara itu akan menyebabkan Villa dapat menyesuaikan diri dengan cepat apabila bergabung bersama Arsenal kelak,” kata Lauren lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply