[PERSPEKTIF] SZCZESNY MEMOHON MAAF ATAS KRITIKAN BAPANYA

wojciech-szcesny-poland-2012Wojciech Szczesny secara terbuka memohon maaf atas kritikan bapanya terhadap layanan Arsenal. Terdahulu, Maciej Szczesny menyalahkan Arsene Wenger dan menuduh pengurus Arsenal itu menjadikan dirinya sebagai kambing hitam ekoran prestasi tidak menentu The Gunners. Penjaga gol berusia 22 tahun itu kini menyertai skuad kebangsaan Poland yang bakal mengharungi perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Ukraine awal pagi nanti.

“Saya mahu memohon maaf untuk komen yang dilakukan oleh bapa saya di mana ia disebarkan oleh media Poland dan Inggeris,” kata Szczesny.

“Saya mahu mencerahkan keadaan yang berlaku dan itu merupakan pandangan bapa saya bukannya saya.”

“Walaupun saya menghormati pandangannya tetapi saya tidak boleh menerima dan saya menganggap tindakan itu tidak menghormati kelab yang saya sayangi ini.”

“Saya telah berada di Arsenal untuk tempoh tujuh tahun dan saya menghormati kelab ini, Arsene Wenger, staf-staf kejurulatihan, rakan-rakan sepasukan dan penyokong-penyokong Arsenal.”

“Saya sentiasa merasakan bahawasa saya menerima sokongan padu daripada pengurus dan penyokong-penyokong. Saya mahu fokus sepenuhnya untuk mendapatkan prestasi terbaik saya.”

“Saya bangga menjadi sebahagian daripada skuad Arsenal dan saya melihat masa depan bersama kelab yang hebat ini.”

Dalam masa yang sama, Szczesny mengakui bahawa penjaga gol Southampton, Artur Boruc kini lebih baik berbanding dirinya dan semamangnya layak untuk mengisi posisi penjaga gol no. 1 Poland. Boruc tidak beraksi bersama skuad kebangsaan Poland lebih dua tahun tetapi bakal kembali dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Ukraine nanti selepas mempamerkan aksi yang memukau bersama The Saints.

szczesny_fabianski_arsenal_polish_duoPenurunan prestasi Szczesny turut mendorong Arsene Wenger mengantikan kedudukannya dalam kesebelasan utama Arsenal dengan rakan senegara, Lukasz Fabianski dalam dua perlawanan terakhir. Penjaga berusia 22 tahun memiliki 13 caps bersama negaranya namun kali terakhir Szczesny mengawal gawang Poland dalam kejohanan EURO 2012 semasa insiden layangan kad merah ke atas dirinya sebelum digantikan Przemyslaw Tyton.

“Semestinya, Artur Boruc. Sejak Februari lalu, situasi saya telah berubah. Saya mengalami penurunan prestasi,” kata penjaga gol kelahiran Warsaw itu.

“Ini bukan jawapan siapa yang bakal menjadi menjadi pilihan utama. Sukar untuk diperkatakan kerana saya tidak tahu siapa yang akan beraksi. Saya berada di sini bukan sebagai pemain gantian.”

“Matlamat saya mudah untuk cuba mendapat tempat dalam kesebelasan utama,” kata Szczesny lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply