[PERSPEKTIF] SZCZESNY DAN VERMAELEN MASIH TONGGAK ARSENAL

arsene-wenger-vs-bayern-munich-2013Arsene Wenger menafikan khabar angin yang mengatakan bahawa kapten Arsenal, Thomas Vermaelen serta penjaga gol muda, Wojciech Szczesny akan meninggalkan Stadium Emirates pada musim panas akan datang. Pengurus Arsenal itu menegaskan bahawa Vermaelen dan Szczesny merupakan tonggak utama The Gunners meskipun diketepikan ketika aksi Liga Juara-Juara Eropah menentang Bayern Munich awal pagi Khamis lalu.

Sementara itu, Lukas Fabianski dan Laurent Koscielny yang mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Szczesny dan Vermaelen dalam aksi di Allianz Arena berjaya menampilkan aksi yang cemerlang. Namun, Wenger mengakui bahawa khidmat kedua-dua pemain itu masih diperlukan meskipun pengurus Arsenal itu tidak dapat memastikan bahawa Vermaelen dan Szczesny akan diturunkan dalam perlawanan penting menentang Swansea malam ini.

“Mereka merupakan pemain yang cemerlang dalam skuad utama kami. Mereka telah beraksi dalam banyak perlawanan sehingga kini. Kedudukan merekan sangat penting dalam pasukan,” kata Arsene Wenger.

laurent-koscielny-thomas-vermaelen-arsenal-trainning“Semua pemain berada di kedudukan yang sama, tiada sesiapa yang dapat memberi jaminan untuk terus berada dalam skuad utama. Apabila anda berada di situasi ini, anda tahu bahawa anda memiliki persaingan.”

“Semua pemain berhadapan persaingan yang sama dan pemain-pemain di mana mereka tidak akan berada di bangku simpanan buat tempoh masa yang panjang. Mereka menghadapi masalah yang sama. Tugas mereka berada di tahap yang terbaik untuk terus bersaing.”

“Setiap posisi sedia untuk direbut, anda perlu menghadapinya (persaingan). Perlawanan terakhir akan menjadi penentu untuk perlawanan akan datang.”

“Tetapi kami harus mengekalkan mental dan fizikal di mana Wojciech (Szczesny) beraksi dalam banyak perlawanan musim ini. Mungkin saya seharusnya merehatkan mereka dalam beberapa perlawanan tetapi saya tidak mungkin melakukannya. Itu sesuatu yang normal jika menghadapi prestasi yang turn naik kerana dia seorang penjaga gol muda.”

Wojciech-Szczesny-Arsenal-no.1-goalkeeper“Siapa yang memberi Wojciech peluang sehingga kini sejak dari skuad remaja lagi? Itu kerana saya yang menilainya dengan tinggi serta mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap apa yang sudah dilakukan olehnya.”

“Thomas Vermaelen juga telah beraksi dalam banyak perlawanan di mana dia merupakan pemain yang penting dalam skuad kami. Mereka mungkin akan menghadapi pengiliran pemain kerana kami memiliki tiga pemain pertahanan tengah.”

Situasi ini pastinya menjadi perhatian kelab gergasi Sepanyol, Barcelona yang turut mengintai  khidmat Thomas Vermaelen dan Wojciech Szczesny pada musim panas akan datang. Sementara itu, Arsenal juga turut dikaitkan dengan beberapa pemain pertahanan tengah dan penjaga gol pada jendela perpindahan akan datang.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply