[PERSPEKTIF] SAYA MENGHORMATI KEPUTUSAN WENGER – ROSICKY

Tomas-Rosicky-frustrationTomas Rosicky mengakui tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya lantaran kurang beraksi bersama skuad utama Arsenal namun menegaskan bahawa dirinya menerima polisi pemilihan pemain oleh Arsene Wenger. Kapten skuad kebangsaan Republik Czech itu menandatangani kontrak lanjutan setahun bersama The Gunners tahun lalu selepas berjaya mempamerkan aksi yang memukau meskipun baru kembali dari masalah kecederaan yang panjang.

Walau bagaimanapun, pemain berusia 32 tahun itu kembali dihimpit kecederaan ketika aksi bersama skuad kebangsaan Republik Czech dalam Kejohanan EURO 2012. Kini, Rosicky cergas sepenuhnya dan kembali bersaing untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama The Gunners. Pemain tengah berpengalaman itu menegaskan tidak mahu berbicara mengenai kedudukannya dalam skuad Arsene Wenger sebalik mahu lebih bersedia dari segi mental dan fizikal.

“Sudah tentu saya mahu lebih kerap bermain, pastinya,” kata Rosicky kepada CTK.

“Saya berasa semakin baik, keputusan ujian kecergasaan sama seperti musim lalu ketika saya beraksi kerap.”

“Apabila pengurus memilih saya, saya akan pergi dengan tugasan taktikal dan saya rasa saya tidak mempunyai sesuatu yang harus dimalukan. Itulah (Wenger) pengurus pasukan dan saya menghormati penuh keputusannya. Saya tidak dapat melakukan apa-apa selain daripada berlatih bersungguh-sungguh dan menanti peluang saya.

Tomas-Rosicky-Bayern-Munich-Mac-2013Kehadiran Rosicky dalam kesebelasan utama Arsenal lantaran kecederaan yang dialami oleh Wilshere dan Podolski menyaksikan pemain tengah berpengalaman itu berjaya membuktikan kemampuannya apabila membantu The Gunners menundukan Bayern Munich 2-0 di Allianz Arena. Kini, Rosicky mahu fokus untuk membantu Arsenal meraih slot beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

“Pasukan (Arsenal) menghadapi masalah jadi tiada ruang dan masa mengkritik mengenai seseorang yang tidak bermain.”

“Bagi saya, secara peribadi yang paling penting ialah kelab di mana saya suka untuk menamatkan di kedudkan terbaik di mana kami dapat bersaing dalam Liga Juara-Juara Eropah.”

“Segala-galanya akan dimuktamadkan selepas musim ini. Saya mahu meyakinkan diri saya supaya tidak terus kecewa. Itu akan membantu saya atau kelab. Wenger memberitahu saya supaya bersabar tetapi pengurus tidah menjelaskan mengenai setiap keputusan yang dibuat,” kata Rosicky lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply